Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai dirinya yang menjalani rawatan laser untuk mengetatkan alat sulitnya, baru-baru ini.
Perkongsiannya itu turut mendapat teguran oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi hantaran di Facebook yang menegaskan bahawa hukum melakukan rawatan kelamin yang bertujuan untuk mengetat dan mencerahkan adalah haram.
“Boleh jatuh Haram ya buat rawatan alat kelamin tujuan ketat dan cerah, walaupun alasan untuk suami. Aurat besar dan ubah.
Jangan buka aib diri sendiri bercerita buat rawatan tersebut! Ia beri bayangan aib alat sulit. Bila hilang sifat malu …”-tulis Ustazah Asma di Facebook

Sasha Abdul Aziz Terima Teguran
Dalam pada itu Sasha menerusi hantaran di Threads, mengakui topik tersebut boleh menjadi sensitif dan setiap orang mempunyai perbezaan pendapat dan kepercayaan.
Namun, dia mengakui telah mempelajari benda baharu setelah pendakwah bebas tersebut menjelaskan hukum melakukan rawatan pada alat kelamin.
“Saya faham bahawa topik ini boleh menjadi sensitif dan setiap orang mempunyai perbezaan pendapat dan kepercayaan. Saya kongsi perjalanan sebagai seorang ibu mengenai kesihatan dan keyakinan wanita selepas bersalin.
Kini melihat Ustazah menyebut bahawa hukumnya haram. Saya mempelajari benda baharu hari ini bahawa rawatan ini dikira haram. Saya akan cuba untuk tidak overshared semua ini dan saya tahu kadangkalan saya terlalu teruja bila ia mengenai kecantikan, semua benda nak share. Niat saya tidak pernah untuk menyinggung semua orang. Saya akan turunkan posting tersebut.”-tulis Sasha di Threads

Sekadar info, Sasha Abdul Aziz mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella Liu, Rose Liu dan Idris Harris Liu.

1 month ago
79











![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)

![[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-55.webp)





















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)

![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
