Ramadan 2026: Kambing Golek di Alamanda Putrajaya Dijangka Jadi Rebutan Ramai

23 hours ago 8

Setiap kali Ramadan menjelang, ada satu perkara yang sering menjadi buah mulut. Makanan yang buat orang sanggup datang awal, beratur lama dan berbuka dengan senyuman puas. Dan untuk Ramadan 2026, MURAI berani cakap, perhatian ramai bakal tertumpu kepada satu nama: Cili Kampung di Alamanda Putrajaya.

Terkenal sebagai destinasi masakan Melayu asli yang kekal dengan rasa warisan, Cili Kampung tampil dengan pendekatan lebih fokus dan premium tahun ini menerusi Pengalaman Ramadan 2026 yang berlangsung dari 18 Februari hingga 19 Mac 2026. Bukan sekadar bufet, tetapi satu pengalaman ‘rasa pulang ke kampung’ yang jarang ditemui di tengah bandar.

Kambing Golek Panas-Panas Jadi Tarikan Utama

Jika perlu satu sebab kenapa bufet ini dijangka jadi rebutan, jawapannya jelas,  Kambing Bakar Golek. Dihidangkan panas-panas terus dari live station, aroma kambing yang diperap rapi ini menjadi kemuncak bufet hujung minggu Cili Kampung.

Namun, bufet ini tidak bergantung pada satu menu semata-mata. Barisan hidangan utama disusun seperti meja makan kenduri kampung, lengkap dengan Nasi Minyak, Ayam Goreng Berempah, Ikan Tenggiri Sambal Rica-Rica, Masak Lomak Beef (Signature), Ikan Masin Cili Api, Sambal Sotong, Kambing Kuzi, serta sayur tradisi seperti Labu Masak Lemak Putih dan Terung Goreng Belacan (Signature).

Perjalanan rasa di Cili Kampung bermula sebelum lauk utama. Pembuka selera seperti Tauhu Begedil, Kerabu Perut Bersantan, Kerabu Pucuk Paku, Ketupat Palas Kuah Kacang, Acar Jelatah dan Cucur Jagung membuka selera dengan cara yang sederhana tetapi mengenyangkan.

Sebagai penutup, manisan tradisional mengambil alih pentas,  Kek Pisang, Onde-Onde, Talam Keladi, Pulut Mangga dan pelbagai pencuci mulut buatan sendiri yang cukup untuk membuatkan sesi berbuka berakhir dengan rasa puas.

Fokus Satu Lokasi Demi Kualiti

Berbeza dengan kebiasaan, Cili Kampung memilih untuk memfokuskan Bufet Ramadan Hujung Minggu di satu lokasi utama sahaja bagi memastikan kualiti sajian dan suasana sentiasa terjaga sepanjang Ramadan.

Maklumat Bufet Ramadan Hujung Minggu Cili Kampung:

  • Lokasi: Cili Kampung, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
  • Hari: Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad
  • Tempoh: 21 Februari – 15 Mac 2026
  • Masa: 6.00 petang – 10.00 malam

Pendekatan ini menjadikan pengalaman berbuka lebih eksklusif, tersusun dan tidak terlalu sesak — sesuatu yang semakin dihargai kebanyakan keluarga hari ini.

Harga Early Bird Untuk Yang Bijak Merancang

Menjelang Ramadan, Cili Kampung turut menawarkan promosi Early Bird untuk tempahan awal yang dibuat dari 1 hingga 31 Januari 2026.

Harga Early Bird:

  • Dewasa: RM128++
  • Warga Emas: RM68++
  • Kanak-kanak: RM58++

Harga Biasa:

  • Dewasa: RM138++
  • Warga Emas: RM78++
  • Kanak-kanak: RM68++

Ramadan bukan sekadar tentang kenyang, tetapi tentang rasa, kenangan dan kebersamaan. Dan jika ada satu tempat yang cuba menghidupkan semua itu di atas satu meja, Cili Kampung di Alamanda Putrajaya tampaknya sudah bersedia untuk menjadi antara lokasi paling diburu Ramadan 2026.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |