Sempena ulang tahun ke-70 Kumpulan YTL, YTL Cement melalui sayap tanggungjawab sosial korporatnya, BUILDS, melancarkan Projek Penyu Shell-Ter dengan kerjasama YTL Hotels sebagai penaja lokasi rasmi.
Projek Penyu Shell-Ter: Seni Bertemu Alam Semula Jadi
via YTL CementProjek ini menyatukan 51 artis dan tokoh tempatan untuk menghasilkan 70 arca penyu yang menonjolkan kreativiti dan mesej pemuliharaan alam sekitar.
Setiap arca akan dipamerkan dan dilelong bagi mengumpul dana untuk melindungi spesies penyu terancam di Malaysia.
Inovasi Hijau & Seni Tempatan
Menariknya, semua arca penyu dihasilkan menggunakan ECOCem, bahan binaan mampan rendah karbon ciptaan YTL Cement.
Melalui projek ini, syarikat tersebut membuktikan bahawa bahan pembinaan bukan sekadar untuk membina struktur, tetapi juga boleh menjadi alat bagi menyokong kelestarian dan seni.
Malah projek ini mencerminkan komitmen YTL Cement terhadap masa depan yang lestari serta sokongan kepada bakat tempatan.
Komitmen Terhadap Pemuliharaan Marin
via YTL CementSebagai penaja lokasi, YTL Hotels terus memainkan peranan penting dalam pemeliharaan laut.
Melalui pusat penetasan penyu di Tanjong Jara Resort, lebih 110,000 telur penyu telah diselamatkan dan 84,000 anak penyu dilepaskan ke laut sejak 2016.
Usaha ini turut dilanjutkan ke Gaya Island Resort dan Pangkor Laut Resort.
Dengan sokongan Balai Seni Negara, pameran arca akan berlangsung di YTL Hotels terpilih mulai 6 Oktober 2025, diikuti lelongan dalam talian pada 15 Oktober dan lelongan langsung pada 25 November 2025.
Hasil kutipan akan disalurkan kepada Turtle Conservation Society (TCS) dan PULIHARA bagi menyokong usaha melindungi penyu Malaysia.
Maklumat lanjut boleh didapati di penyushellter.ytlcement.com.

6 hours ago
4













![[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Disebabkan-para-peminat-yang-setia-Hafiz-Suip-kembali-bersinar-dan-kekal-berkarya.-🤍Hafiz-Suip-e1762489418374.jpg)

![[VIDEO] Nubhan Kongsi Momen Dengan Anak-Anak, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8206.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)
![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
