Pegawai Farmasi Kontrak Tarik Nafas Lega, Akhirnya Ada Khabar Baik Dari Kerajaan

9 hours ago 8

Isu status pegawai farmasi kontrak menghantui warga kesihatan akhirnya menunjukkan perkembangan positif. Respons pantas kerajaan terhadap kebimbangan pegawai farmasi kontrak kohort 2021 disifatkan sebagai langkah yang melegakan bukan saja untuk individu terlibat, malah untuk kelangsungan sistem kesihatan awam.

Perkembangan ini disambut baik oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang melihatnya sebagai isyarat jelas bahawa suara petugas kesihatan kini mula diberi perhatian.

BERNAMA - MPS Puji Inisiatif Kerajaan Tangani Isu Pegawai Farmasi KontrakVia facebook/ Malaysian Pharmacists Society

379 Orang Terus Dapat Jawatan Tetap, Yang Lain Tak Ditinggalkan

Antara perkara paling melegakan, seramai 379 pegawai farmasi kontrak telah menerima surat tawaran lantikan tetap. Baki pegawai dalam kohort sama pula diberikan lanjutan status simpanan selama setahun.

“Kira-kira 379 pegawai farmasi kontrak telah menerima surat tawaran untuk lantikan tetap, manakala baki daripada kohort yang sama diberikan lanjutan status simpanan selama setahun, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai ketidakpastian pekerjaan memandangkan tempoh kontrak maksimum lima tahun berakhir pada April 2026,” menurut kenyataan itu.”

Langkah ini secara tidak langsung menutup banyak tanda tanya, terutamanya apabila tempoh kontrak maksimum lima tahun bakal tamat pada April 2026. Ringkasnya, masa depan kerjaya kini lebih jelas dan tak lagi terawang-awang.

KKM & SPA Dipuji, Sudi Dengar Dan Bertindak

MPS turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana sedia mendengar kebimbangan yang dibangkitkan dan bertindak pantas mencari penyelesaian.

Bagi ramai, ini bukti bahawa dialog berterusan antara petugas kesihatan dan pembuat dasar memang boleh membawa hasil bukan sekadar mesyuarat tanpa kesudahan.

Bila Isu Dibawa Ke Dewan Negara, Barulah Bergerak

Dalam masa sama, MPS turut menghargai peranan Senator Dr R A Lingeshwaran yang membangkitkan isu ini di Dewan Negara. Langkah itu dilihat membantu memastikan isu pegawai farmasi kontrak tidak terus terperangkap di peringkat dalaman semata-mata.

Pendek kata, bila isu sampai ke peringkat dasar, barulah ada tindakan yang dirasai.

Isu BIW Masih Dalam Radar

Walaupun perkembangan ini disambut baik, MPS berharap kerajaan turut memberi perhatian kepada isu Bayaran Insentif Wilayah (BIW), terutamanya melibatkan petugas kesihatan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Secara keseluruhan, perkembangan ini boleh dianggap sebagai langkah ke hadapan yang dinanti-nantikan. Bagi pegawai farmasi kontrak, sekurang-kurangnya kini ada kepastian dan itu sendiri sudah cukup untuk buat ramai tarik nafas lega.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |