Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-“Mama Baru Sedar Dari Operation..”

16 hours ago 7

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh menitipkan rasa syukur melihat ibunya yang sangat kuat berjuang melawan kanser.

Menerusi hantaran di Instagram, Ojenn Aiwahh atau nama sebenarnya Muhammad Ruzain Ahza Mohd Rosli berkongsi keadaan ibunya yang baru sedar daripada menjalani pembedahan usus.

“Mama baru sedar dari operation usus, Operation kedua terbesar dalam hidup mama, Mama was crying badly, sebab kesakitan nya 10/10.

Satu pengalaman baru buat mama dan kami sekeluarga, Ojen cari macam macam solution tadi untuk mama bertenang. Alhamdulillah now she is smiling, much more better dari tadi. Sekarang mama dah boleh control sakitnya. Alhamdulillah mama sangat hebat berjuang!”-tulis Ojenn di Instagram

Tambah Ojenn, dia banyak melakukan kajian berkaitan makanan dan supplemen untuk ibunya sebagai salah satu langkah ikhtiar.

“Banyak ojen buat research, makanan & supplement. Ojen akan share nanti kalau ada masa. Sebenarnya all the supplement intake ni takde kajian pun mengatakan akan buat bebas cancer tapi atleast kita mencuba.

All the treatment doc susun memang mama ikut dan disciplined. Dan alhamdulillah it works on mama.mama ada 7 cycle chemo lagi 💪🏻.”-tulis Ojenn

“Yang Mengajar Ojen Untuk Rajin Bersedekah Adalah Mama..”

Apa yang lebih menyentuh hati, Ojenn turut berkongsi salah satu amalan ibunya iaitu rajin bersedekah dengan semua orang termasuklah jururawat yang membersihkan najis ibunya itu.

“One more thing sedekah works like magic. Yang mengajar ojen untuk banyak bersedekah adalah mama ojen.

Dia wanita yang hebat yang rajin bersedekah. 2 bulan mama pakai stoma beg , selama tulah dia bersedekah dengan sesapa pun, Even nurse yang bersihkan najis mama pun mama sedekah walau tak besar jumlahnya.”-kongsi Ojenn

Sama-sama kita doakan agar ibu Ojenn diberikan kesembuhan..Aaminn.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |