Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh meluahkan rasa berang terhadap salah seorang netizen di media sosial yang memberikan komen biadap terhadapnya, baru-baru ini.
Ojenn Aiwahhh atau nama sebenarnya Muhammad Ruzain Ahza Mohd Rosli menerusi hantaran di Thread, turut memuatnaik tangkap layar komen salah seorang netizen lelaki yang melemparkan kata-kata negatif selain menggelarnya seperti usahawan sensasi, Sajat.
“Yang peliknya, ada ke lelaki yang nak tor*n dia macam tu? Teruk betul selera. Kau nak jadi pondan, jadi macam Sajat. 100 peratus terus. Ni separuh masak. Apa kau expect la?.”-komen seorang netizen di Thread

“Jangan Ikut Sedap Berbicara..”
ScreenshotTidak berdiam diri, Ojenn kemudian memberikan respon dengan menegaskan bahawa pihak peguamnya telah menjejaki netizen terlibat melalui DM Instagram dan bakal memfailkan saman dalam tempoh 24 jam jika tiada permohonan maaf secara terbuka oleh netizen tersebut.
“Saya tak pernah kacau hidup awak. Tolong jangan kacau hidup saya. Dah lama saya mendiamkan diri. Tapi komen ini terlalu melampau. Apa makna awak kata ‘Toron’? Apa yang awak nak sampaikan? No manners. Sangat kurang hajar.”
Peguam saya dah reach awak thru DM Instagram, sila buka DM dalam masa 24 jam jika tiada PUBLIC APOLOGY, we will file this case legally.
Jangan ikut sedap berbicara. Hembus macam orang takde iman. Bila disuruh berdepan lari tak jejak tanah.”-berang Ojenn di Thread

Permohonan Maaf Secara Terbuka
Netizen terlibat yang dikenali sebagai Fauzan itu akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial miliknya selain mengakui khilaf sebagai manusia terhadap komennya yang menyentuh isu sensitif yang tidap patut dilakukan oleh dirinya itu.
“Saya Muhammad Fauzan dengan rendah diri ingin memohon maaf secara terbuka kepada Ojenn Aiwahhh dan Salihah atas kenyataan/ perbuatan saya yang telah menyinggung perasaan, menimbulkan salah faham, atau menyebabkan sebarang kesulitan kepada mana-mana pihak.
Saya mengakui kekhilafan tersebut berpunca daripada lontaran komen di Social Media Threads yg yang menyata kan sy menyentuh isu yg sensitif dan tidak di lakukan oleh nya.”-tulis Netizen di Thread

Moga isu ini menjadi iktibar dan pengajaran buat netizen lain untuk berfikir dengan bijak sebelum memberikan sebarang komen di media sosial.
Apa komen anda?

10 hours ago
6








![[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/c6353744-20b2-4437-bfe4-e6bc67986d55.jpg)
![[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-5.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2146.jpeg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
