Nubhan Dikecam Netizen Isu Barang Milik Dr Fie Dicampak Keluar Dari Rumah!

4 hours ago 8

Nama penyanyi, Nubhan menjadi bualan netizen selepas didakwa bertindak kejam terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek dengan mencampak keluar barang-barang rumah dari kediaman tanpa pengetahuan bekas isterinya.

Menerusi hantaran Dr Fie di Threads, dia tidak menyangka dengan sikap Nubhan yang tergamak membuangnya tanpa belas kasihan selain mendedahkan bahawa pemberian kereta, rumah dan klinik sebagai hadiah kepadanya itu hanyalah sekadar konten semata-mata.

“Tergamaknya kau! Rumah nama kau! Kereta nama kau! Macam tu je kau buang aku! Tanpa belas kasihan.

Lepas tu bukan main cakap bagi hadiah kereta, rumah, klinik! Tidak ya! Dia punya tahap bagi tu atas dasar konten je.”-dedah Dr Fie di Threads

“Lelaki Muka Baik-Baik Biasa Perangai Macam Musibat..”

Pendedahan Dr Fie yang kini berada di luar negara itu menimbulkan kemarahan netizen di laman media sosial Nubhan yang mengecam tindakan kejam Nubhan, malah ada yang turut menganggap penyanyi dan usahawan ini sebagai ‘lelaki dayus’.

“Mak Jenny tahu ke anak dia dayus?.”

“Dasar lelaki dayus. Buang barang ex wife time dia takde kat rumah. Dasar lelaki fake! Konon-konon bagi rumah, kereta, klinik dekat wife rupa-rupanya konten! Puih tolong ramai-ramai doakan supaya Allah balas perbuatan Nubhan dayus ni!.”

“Semoga Allah balas segala perbuatan kamu. Allahumma Aamin InsyaAllah Ya Allah kabulkan lah.”

“Lelaki muka baik-baik biasa perangai macam musibat.”

Pada awal Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah mengesahkan bahawa Nubhan sah bercerai dengan Dr Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Nubhan dan Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, serta Afzan Nayille.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |