Usahawan, Nedim Nazri mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi foto mesra bersama pelakon jelita, Nadia Brian di media sosial, baru-baru ini.
Kongsi Foto Berpegangan Tangan & Kapsyen ‘Sweet’
Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned menerusi hantaran di Instagram dan Thread, dilihat memuatnaik foto dirinya sedang berpegangan tangan dengan Nadia bersama kapsyen ‘sweet’.
“Kamu adalah sebuah ingatan yang menjadi kegemaranku.”-kapsyen Nedim di Instagram dan Threads

“Dia Nak Yang Sekufu..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap hubungan mesra Nedim dan Nadia, malah ada yang berpendapat mereka berdua ‘sekufu’.
“Ooo dia nak yang sekufu.”
“Look fun & normal phase for youngsters, but at your age, it’s honestly a shame.”
“Belum pape dah pegang-pegang? Jaga maruah Nadia, lelaki pegang-pegang belum tentu nikah dengan awak.”
“Cari yang tak bertudung rupanya , selamat ND dunia akhirat!.”
“Sekufu sebab ND dah slowly ke arah Islamik, tak sesuai. Macam ni baru sesuai.”
“Eleh haritu marah sangat dengan yang si tu, yang ni pegang tangan boleh pulak, laki semua sama je, taraguna.”
“Bagus Boss Ned pembimbing Jannah, dia cari yang seksi dibentuk bagi jadi muslimah, dicerai then cari lagi yang seksi untuk dibentuk jadi muslimah.”
Sekadar info, Nedim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan, Nora Danish pada 30 Mac 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Neqayl.
Manakala, Nadia Brian pula pernah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada November 2019. Walaubagaimanapun, pasangan ini kemudiannya disahkan bercerai pada April 2021.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja hubungan mereka akan sampai ke jenjang pelamin. Apa komen anda?

7 hours ago
7




![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)

























![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)








![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
