Aktor, Nazim Othman tampil bersuara selepas selebriti wanita yang juga rakan gandingannya dalam sebuah drama, iaitu Aprena Manrose yang mendapat kecaman netizen selepas dilihat tidak lagi berhijab.
Aprena Masih Ada Pegangan
Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menyatakan setiap manusia melalui ujian yang berbeza selain menyifatkan Aprena masih mempunyai pegangan namun berada di fasa yang rapuh.
“Rata-rata komen memperkatakan tentang imej rakan lakon saya yang kini tampil tanpa hijab. Ujian setiap manusia berbeza.
Kami ada sedikit berbual di set penggambaran mengenai turun naik iman masing-masing. Ya, pelakon pun ada berborak tentang ini sesama sendiri. Saya sendiri secara peribadi punya kerisauan mengenai itu.
Berdasarkan pemerhatian saya, dia masih lagi ada pegangan cuma berada di fasa rapuh.”-tulis Nazim di Instagram
Ralat Dengan Komen Sinis Netizen
Tambah Nazim, dia tidak cuba menghalalkan apa yang salah, namun akui merasa ralat terhadap komen-komen sinis yang dilemparkan oleh netizen terhadap Aprena.
“Saya tidak cuba menghalalkan apa yang salah cuma saya rasa ralat juga dengan komen-komen yang sinis. Dia berdiam diri tapi dalam hatinya hanya Allah yang tau.
Mohon doakan yang baik-baik untuknya , saya juga dan diri kalian sendiri. Semoga kebaikan berbalik kepada kalian juga.”-tulis Nazim

“Senangnya Buat Main Dengan Hukum Allah..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mempersoalkan penampilan Aprena yang tidak lagi bertudung, malah ada yang menitipkan doa agar pelakon wanita ini kembali diberikan hidayah.
“Hilang dah tudung.”
“Dah tak pakai tudung ke?.”
“Kenapa netizen nak doakan dia pulak? Dia la kena doakan untuk diri sendiri sedangkan doa kami sendiri pun Allah tak kabulkan doa sepenuhnya lagi, diri sendiri ni pun tak terdoa banyak-banyak lagi.”
“Senangnya buat main dengan hukum Allah. Kejap pakai, kejap tak. Memang berani.”
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja agar Aprena Manrose kembali diberikan hidayah..Apa komen anda?

6 hours ago
7




![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)

























![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)








![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
