Usaha Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan mesin kitar semula pintar atau Reverse Vending Machine (RVM) di beberapa stesen LRT nyata curi perhatian ramai, terutama dalam kalangan pengguna pengangkutan awam di ibu negara. Bukan sekadar buang botol atau tin kosong, malah boleh kumpul mata ganjaran, memang next level.
Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti, Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari Kumpulan Prasarana, Idzqandar Abu Bakar, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan bandar yang lebih lestari dan mampan.
Katanya, penyediaan mesin kitar semula ini selari dengan sasaran jangka panjang Prasarana untuk meningkatkan kadar kitar semula, khususnya dalam persekitaran pengangkutan awam yang menjadi nadi pergerakan warga kota.
“Selain menyediakan kemudahan fizikal, mesin RVM ini turut dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) serta sistem ganjaran digital bagi menggalakkan orang ramai untuk lebih konsisten mengamalkan kitar semula,” jelasnya ketika Majlis Pelancaran Transit Kelestarian: Memacu Budaya Kitar Semula di Stesen LRT Masjid Jamek, semalam.
Via PrasaranaStesen Tumpuan Jadi Pilihan
Setakat ini, sebanyak lima mesin RVM ditempatkan di Stesen LRT Masjid Jamek, manakala masing-masing dua unit dipasang di Stesen KLCC dan Menara Prasarana. Pemilihan lokasi ini bukan dibuat secara rawak, sebaliknya berdasarkan aliran penumpang yang tinggi serta kedudukan strategik yang turut menjadi tumpuan pelancong.
Secara tidak langsung, menjadi ‘pameran hidup’ usaha kelestarian alam sekitar kepada warga tempatan dan pengunjung luar. Low effort, high impact.
Selain itu, sebanyak 68 mesin ATLAS ECOPOD turut ditempatkan di pelbagai stesen, dengan 10 daripadanya mempunyai fungsi kitar semula di lokasi seperti Bandar Puchong Jaya, Ampang dan kawasan sekitarnya.
Buang Botol, Tebus Kopi?
Antara mesin yang diperkenalkan ialah KLEAN, sebuah RVM berasaskan AI yang menerima botol plastik dan tin. Menariknya, pengguna boleh mengumpul mata ganjaran melalui aplikasi mudah alih KLEAN untuk ditebus kepada baucar rakan niaga seperti Zus Coffee, Grab dan Jaya Grocer.
Turut diperkenalkan ialah mesin ATLAS ECOPOD yang pernah menerima pengiktirafan Guinness World of Records sebagai mesin kitar semula ternipis di dunia. Mesin ini digabungkan dengan mesin layan diri ATLAS Vending, membolehkan pengguna terus menebus ganjaran digital selepas mengitar semula bekas minuman. Senang cerita, habis minum, terus recycle.
Kedua-dua mesin ini juga dilengkapi sistem penjejakan data bagi memantau tahap penglibatan pengguna serta jumlah bahan kitar semula yang dikumpul dan menjadikan inisiatif ini bukan sekadar hijau, tetapi berasaskan data.
Prasarana juga mengalu-alukan kerjasama strategik serta penajaan daripada sektor swasta bagi memperluaskan pemasangan mesin RVM di lebih banyak stesen rel pada masa hadapan.
Setakat ini, sebanyak 16 unit RVM telah dipasang di fasiliti kendalian Prasarana termasuk di Menara Prasarana dan ibu pejabat Rapid Bus Sdn Bhd.
Pendek kata, naik LRT sekarang bukan sekadar sampai destinasi, tapi boleh jadi ejen perubahan. Kecil langkahnya, besar impaknya.

12 hours ago
5































![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)









![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)
![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



