Sejak beberapa hari ini, nama Datin Sri Vie Shantie Khan memang tak lekang dari mulut netizen. Satu video akad nikah tiba-tiba tular, dan ramai pula mendakwa lelaki dalam video itu ialah Gabenor Aceh, Muzakir Manaf atau lebih dikenali sebagai Mualem. Yang jadi lebih kecoh, wanita dalam video itu dikaitkan pula dengan Vie. Dalam dunia media sosial, benda belum sah pun sudah jadi bahan cerita, dan tak sampai beberapa jam, spekulasi pun berputar-putar tanpa henti.

Namun semalam, Vie akhirnya tampil melalui sosial media. Cara dia tenang saja, tak ada penjelasan panjang berjela, tak ada nada marah. Cuma satu Instagram Story, tapi cukup untuk menutup segala teka-teki.
Dalam hantaran itu, Vie berkongsi gambar bersama lelaki yang selama ini memang diketahui umum sebagai suaminya, Abdul Rahman Dahlan. Mereka berdiri rapat, senyum macam pasangan yang sudah biasa dengan gosip tak berasas. Dan di bawah gambar itu, Vie menulis ringkas tetapi sangat ‘bermakna’: “My one and only husband (suamiku satu-satunya).” Satu ayat sahaja sudah memberi penegasan yang ramai nanti.

Selepas itu, Vie turut berkongsi beberapa petikan dan video yang sedikit bernada sindiran tetapi masih dalam gaya lembutnya. Salah satu petikannya berbunyi, “Lidah manusia lagi tajam dari pisau,” seakan mencerminkan rasa letihnya dengan tuduhan tanpa bukti.
Ada juga satu lagi kata-kata yang lebih mendalam, menyentuh tentang pentingnya mengenal diri sendiri sebelum sibuk membongkar aib orang lain. Nada-nada ini membuatkan ramai faham bahawa Vie memang sedang menegur gosip yang sedang ligat dikaitkan dengan dirinya.
@merdekab1caraBeredar video Muzakir Manaf alias Mualem terlihat duduk berdampingan dengan seorang dara baroe (pengantin wanita) asal Malaysia dalam sebuah momen menikah, Januari 2026. #happywedding #mualem #gubernuracehmualem #gubernuraceh
♬ suara asli – M E R D E K A – M E R D E K A
Kecoh tentang video itu sebenarnya bermula apabila ia dimuat naik tanpa sebarang penjelasan. Ramai meneka-neka sendiri, kononnya lelaki mirip Mualem dan wanita itu pula Vie. Dalam zaman serba laju ini, orang lebih suka percaya apa yang cepat dan sensasi, berbanding menunggu pengesahan. Bagi yang mungkin baru mengenali Vie, beliau bukan nama kecil dalam dunia keusahawanan Malaysia.
Berdasarkan profilnya, Vie ialah CEO Blackstone dan pengasas jenama muslimah Vhijrah. Kehadirannya di media sosial pula sering mendapat perhatian kerana campuran gaya hidup, kerja, dan wajah tenangnya yang sudah menjadi identiti.
Walau apa pun yang sedang berlaku, satu hal jelas, Vie sudah pun tampil menjelaskan kedudukannya. Tak perlu debat panjang. Cukup satu gambar dan satu ayat, dan seluruh naratif pun berubah. Jika ada perkembangan dari pihak Mualem pula, MURAI akan teruskan ceritanya.

1 day ago
11



![[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/613029917_1483872767074771_523432032826142430_n-e1769062558588.webp)






























![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)







