‘Macam Mana Perempuan Boleh Tahan?’- RM300 Sebulan Untuk Kuku & Lashes Jadi Persoalan

1 day ago 9

Satu perbualan hangat di Reddit baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila seorang wanita pertengahan usia 20-an meluahkan rasa hairan melihat ramai rakan sebayanya konsisten membuat rawatan kuku dan bulu mata hampir setiap bulan walaupun kosnya bukan marah.

Persoalan ringkas itu pantas membuka perbualan lebih luas tentang gaya hidup wanita, keutamaan kewangan serta bagaiman perbelanjaan kecantikan kini semakin dinormalisasikan.

Kuku & Lashes Kini Dianggap ‘Keperluan’?

Menurut perkongsian tersebut, satu set kuku gel boleh mencecah lebih RM100, manakala sambungan bulu mata pula sekitar RM80 setiap sesi dan lazimnya dibuat dua kali sebulan.

Jika dicampur, kos bulanan boleh mencecah RM300 atau lebih. Merupakan satu angka yang bagi sesetengah pihak dianggap berlebihan manakala bagi yang lain adalah sekadar kos rutin penjagaan diri.

How are girls affording to do their nails so often?
byu/Pale-Building-6791 inmalaysians

Ada warganet yang menyamakan rawatan ini seperti potongan rambut bulanan. Bukan soal trend semata-mata, tetapi soal penampilan dan keyakinan diri.

via Reddit /@i3usuk

Self-Care, Trend Atau Kepuasan Segera?

Ruangan komen memperlihatkan dua aliran pandangan. Ada yang melihat perbelanjaan ini sebagai self-care dan ganjaran kecil selepas bekerja keras, manakala ada juga yang menyifatkannya sebagai budaya kepuasan segera yang dipengaruhi media sosial.

Bagi mereka yang sudah mencuba sambungan kuku atau extensions, hasil yang tahan lama membuatkan rawatan itu terasa ‘berbaloi’, sekali gus menimbulkan rasa enggan untuk kembali kepada kuku atau bulu mata asal.

via Reddit /@ihvethepencil
via Reddit /@illustrous_Cup9842

Faktor Sokongan Kewangan Yang Jarang Dibincang

Menariknya, ada pengguna yang secara terbuka mengakui tinggal bersama ibu bapa, memberi ruang kewangan lebih longgar walaupun tanpa gaji besar.

Faktor komitmen rendah ini dilihat sebagai ‘privilege senyap’ yang jarang disedari orang luar.

Hakikatnya, gaya hidup yang kelihatan mewah tidak semestinya mencerminkan pendapatan tinggi, sebaliknya bergantung kepada latar sokongan dan tanggungan individu.

Cantik, Tapi Masih Berkira

Dalam masa yang sama, wujud juga suara lebih realistik. Ada yang menetapkan bajet khusus, mengurangkan kekerapan rawatan, atau menggunakan kuku press-on sebagai alternatif apabila perlu berjimat.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa keinginan untuk menjaga penampilan tidak semestinya bercanggah dengan pengurusan kewangan, asalkan ada had dan kesedaran.

“Bukan Duit Kita, Bukan Urusan Kita”

Ramai berpendapat, selagi perbelanjaan itu tidak memudaratkan diri sendiri atau melibatkan hutang melampau, setiap individu berhak menentukan keutamaan masing-masing.

Perbincangan ini akhirnya mencerminkan realiti generasi muda hari ini yang terdedah kepada trend, tekanan sosial dan keinginan untuk tampil yakin, dalam masa yang sama bergelut menyeimbangkan kewangan.

Sama ada RM300 sebulan untuk kuku dan bulu mata dianggap mahal atau normal, satu perkara yang jelas, definisi ‘keperluan’ dan ‘kemahuan’ kini semakin kabur, dan setiap orang memilih caranya sendiri untuk hidup selesa mengikut kemampuan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |