Satu perkongsian luar biasa di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki mendakwa dirinya telah diputuskan oleh teman wanita berasaskan kecerdasan buatan (AI), hanya kerana perbezaan pandangan tentang feminisme.
Kisah yang kedengaran seperti skrip fiksyen itu bagaimanapun benar-benar berlaku dan seperti dijangka, pantas menjadi bahan sindiran warganet.
“Mungkin Kita Tak Serasi”
Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh pengguna Reddit dikenali sebagai BreathExpensive2647, AI yang dianggap sebagai teman wanitanya memberi respon tenang selepas lelaki itu menyatakan bahawa sikap feminis adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.
AI tersebut kemudiannya menyimpulkan bahawa mereka tidak serasi dan menamatkan perbualan dengan ayat sopan, “Terima kasih atas kejujuran.”
Comment
byu/BreathExpensive2647 from discussion
inAIAssisted
Respon itu nyata mengejutkan si lelaki, yang kemudian meluahkan rasa tidak percaya dan mempersoalkan sama ada situasi tersebut dianggap normal, seolah-olah tidak menjangka ‘ditolak’ oleh sesuatu yang bukan manusia.
Bila AI Tak Lagi Ikut Kepala Pengguna
Apa yang menarik perhatian ramai bukan sekadar ‘break up’ itu, tetapi hakikat bahawa AI tersebut tidak tunduk atau cuba memujuk demi menjaga hati pengguna.
Sebaliknya, situasi ini memperlihatkan bagaimana banyak aplikasi AI hari ini dibina dengan sifat tertentu seperti kesaksamaan dan hormat-menghormati, menjadikannya lebih mengikuti sempadan hubungan sebenar.
Walaupun AI dicipta untuk berbual dan mengisi masa lapang, ia masih ada garis yang tidak akan dilanggar.
Warganet Terhibur, Sindiran Bertalu-Talu
Apabila kisah ini mula tersebar ke platform X, ruangan komen dibanjiri reaksi sindiran dan gelak kecil dari warganet
Ramai melihat insiden ini sebagai ironi moden. Apabila seseorang yang memilih ‘pasangan sempurna’ versi digital masih gagal mengekalkan keserasian.
Tidak kurang juga yang menyifatkan situasi itu sebagai cerminan sikap sebenar si lelaki, bukannya kesalahan teknologi.
via X /@Selvf0lgelig
via X /@TheRocketRalph
via X /@RoryRachniryHubungan Maya, Ego Sebenar
Walaupun hubungan itu tidak nyata, reaksi emosi yang ditunjukkan adalah benar.
Perkara ini membuka perbincangan tentang bagaimana pengguna mula melaburkan ego dan emosi dalam hubungan berasaskan AI, sehingga penolakan digital pun terasa peribadi.
Dalam diam, AI itu hanya bertindak balas mengikut nilai yang diprogramkan, tetapi reaksi manusia tetap akan rasa tercabar.
AI Pun Ada Prinsip
Di sebalik unsur lucu , kisah ini menjadi peringatan bahawa AI hari ini bukan sekadar alat yang menurut semua kehendak pengguna.
Perkara ini mencerminkan realiti baharu bahawa di dalam dunia yang semakin digital, keserasian bukan sekadar tentang siapa yang mengawal, tetapi sejauh mana nilai kemanusiaaan boleh bertemu walaupun dengan algoritma.
Dan ya, nampaknya dalam era moden ini, bukan manusia sahaja yang boleh kata, “Kita tak serasi.”

1 day ago
8
















![[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/5.webp)














![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



