Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) membuka tirai 2026 dengan langkah yang boleh dianggap bold move apabila mengumumkan penurunan harga kenderaan serta alat ganti tulen, sejajar dengan permulaan operasi rasmi syarikat itu di Malaysia bermula 2 Januari 2026.
Harga Baharu Lebih Kompetitif
Antara yang paling mencuri perhatian, Kia Sportage kini ditawarkan pada harga bermula RM128,800, sekali gus menjadikannya antara SUV paling kompetitif dalam segmennya. Model MPV Kia Carnival juga menerima pelarasan harga baharu bermula 1 Januari 2026 bagi memastikan ia terus relevan di pasaran tempatan.
Via laman web rasmi KIAAlat Ganti Turun Harga
Bukan setakat pembeli baharu, pemilik sedia ada turut menerima manfaat apabila harga alat ganti tulen dikurangkan secara purata sebanyak 15 peratus, satu langkah yang jelas bertujuan mengurangkan kos pemilikan jangka panjang, isu yang sering menjadi kerisauan pengguna.
Pengarah Urusan KSM, Emily Lek, menegaskan pendekatan harga yang lebih telus dan munasabah ini adalah usaha untuk membina semula keyakinan pengguna terhadap jenama Kia di Malaysia.
“Pelanggan kini boleh menikmati kenderaan yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih kompetitif,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KSM, Hyung Ho Kim, menyifatkan 2026 sebagai permulaan baharu buat Kia menerusi penubuhan Syarikat Jualan Nasional sendiri, dengan fokus lebih kuat terhadap penjagaan pelanggan dan sokongan selepas jualan.
“Fasiliti baharu itu diwujudkan bagi memastikan ketersediaan alat ganti yang lebih pantas, sekali gus menangani sebarang kebimbangan pengguna berkaitan tempoh menunggu untuk servis,” katanya.
@pandulajuIni strategi pertama Kia Sales Malaysia. Abang harap akan terus bagi berita baik untuk rakyat Malaysia.
♬ original sound – PanduLaju – PanduLaju
Sebagai sokongan, KSM kini mempunyai gudang alat ganti khusus di Shah Alam, bagi memastikan bekalan lebih pantas dan masa menunggu servis dapat dikurangkan. Semua kenderaan baharu pula hadir dengan waranti lima tahun atau 150,000 kilometer, memberikan ketenangan minda kepada pembeli.
Menambah lagi nilai, KSM memperkenalkan program kesetiaan ‘Kia Circle’ dengan rebat tunai sehingga RM6,000 untuk pemilik sedia ada yang ingin menaik taraf kenderaan, selain program ‘Kia Professional’ untuk golongan profesional dan korporat.
Strategi baharu Kia ini jelas membawa mesej, harga lebih masuk akal, sokongan lebih kukuh dan pemilikan yang lebih worth it. Looks like Kia memang serius nak comeback.

1 day ago
10










![[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/5.webp)




















![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)


