Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

9 hours ago 7

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu kota pada malam tadi.

Kongsi Khairul di Threads, dia ‘tumbang’ akibat keletihan dan dehidrasi selepas bergambar dengan ribuan pelanggan yang hadir ke restorannya yang baru sahaja dibuka, iaitu Rembayung.

Malah, pihak doktor turut menasihatinya untuk mendapat rehat yang cukup serta minum air yang banyak.

“Selepas bergambar dengan 7,000 pelanggan 😂. Doktor suruh minum air banyak-banyak. Dehydration.

Tapi overall okay je, cuma kena cukup rehat. Jangan lupa minum air guys.”-Kongsi Khairul di Threads

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat personaliti media sosial ini kelihatan terlalu penat menguruskan perniagaannya, malah ramai yang meminta Khairul Aming untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

“Saya pernah komen yang awak kelihatan sangat penat dan perlukan rehat. Tapi awak mungkin fikir ia bukan masa yang tepat untuk bercuti. Somehow listen to your body.”

“KA jangan normalised kan rehat time wadred atau hospitalized je. Badan kita perlukan rehat. Speedy recovery KA!.”

“Semoga cepat sembuh KA, dah-dah lepas ni rehat kan banyak sikit ya KA, nak puaskan hati semua orang memang tak menang kita.”

Terdahulu, usahawan ini pernah dimasukkan ke hospital selepas mendapat jangkitan bakteria E. Coli menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan pada Disember 2024. Dia mengetuai pasukan misi bantuan orang baik (BOB) dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Kongsi Aming, dia mengalami cirit-birit selama hampir seminggu sehingga badannya mengalami dehidrasi disebabkan jangkitan bakteria tersebut.

Sama-sama kita doakan agar Khairul Aming diberikan kesembuhan dengan cepat..

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |