Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat apabila seorang pengguna mempersoalkan mengapa pensyarah yang mempunyai latar belakang industri dilihat lebih berempati, lebih tenang dan lebih bertolak ansur dalam pemarkahan berbanding pensyarah yang membina kerjaya sepenuhnya dalam dunia akademik.
Persoalan itu nyata mengundang reaksi ramai, dengan warganet tampil berkongsi pengalaman peribadi serta pandangan jujur tentang perbezaan ketara antara dunia buku dan dunia sebenar.
Pernah ‘Tak Faham Langsung’, Jadi Lebih Memahami
Antara pandangan paling mendapat sokongan ialah hakikat bahawa pensyarah ex-industri pernah berada di posisi “tak faham langsung” ketika mula bekerja.
Pengalaman belajar melalui kesilapan, tekanan dan realiti keras industri menjadikan mereka lebih memahami kekeliruan pelajar.
Ada yang mengakui dunia korporat meninggalkan luka dan trauma, namun pengalaman itulah yang membentuk empati.
Mengajar akhirnya menjadi medium untuk berkongsi ilmu tanpa mengulang kesakitan yang sama kepada generasi seterusnya.
via ThreadDalam Industri, Tiada Jawapan Betul Atau Salah
Warganet turut menekankan perbezaan asas cara berfikir. Dalam akademia, jawapan sering terikat dengan skema.
Dalam industri pula, satu masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara, asalkan objektif tercapai.
Sebab itu pensyarah industri lebih fleksibel dalam menilai tugasan. Markah bukan semata-mata ukuran kepandaian, sebaliknya proses memahami, berfikir dan menyelesaikan masalah lebih diutamakan.
Dunia Luar Lebih Keras, Ego Jadi Rendah
Ramai bersetuju industri adalah “kelas kehidupan’ yang merendahkan ego. Berdepan dengan klien, tekanan kerja dan pelbagai ragam manusia memaksa seseorang menjadi lebih terbuka dan lebih realistik.
Dididik Untuk Lulus Atau Untuk Hidup
Meninjau ruangan komen, warganet turut menyentuh perbezaan matlamat pendidikan. Pensyarah akademik cenderung melatih pelajar untuk laluan akademia, manakala pensyarah industri pula fokus membentuk pelajar yang bersedia menghadapi reaiti kerja sebenar.
Pendekatan ini menjadikan mereka lebih relatable di mata pelajar.
via Thread /@shakinahassaad
via Thread /@abu.hurr.80
via thread /@ahmanisme_photography
via Thread /@an0thr.oneBukan Soal Siapa Lebih Baik
Warganet sepakat bahawa isu ini bukan tentang siapa lebih hebat. Kedua-dua latar belakang mempunyai kekuatan tersendiri.
Yang penting, sistem pendidikan memerlukan keseimbangan dalam teori yang kukuh dan pengalaman dunia sebenar.
Kerana akhirnya, pelajar bukan sekadar perlu lulus peperiksaan, tetapi juga perlu bersedia menghadapi kehidupan selepas universiti.

22 hours ago
7






![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)
























![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)



![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)







![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



