Jenama Baju Michelle Yeoh Bukan Biasa-biasa, Gaun Kuning Ini Pernah Dipakai di Paris!

1 day ago 7

Kemunculan pertama YBhg. Tan Sri Michelle Yeoh di tanah air bagi tahun 2026 benar-benar mencuri tumpuan. Selepas melalui tahun 2025 yang cukup sibuk mempromosikan filem Wicked: For Good, figura kebanggaan Malaysia ini membuka lembaran baharu dengan penuh gaya apabila menghadiri acara pelancaran nasional Visit Malaysia 2026 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

MURAI sendiri tak mampu mengalihkan pandangan saat Michelle melangkah masuk ke acara tersebut. Aura bintang antarabangsa jelas terpancar, namun apa yang benar-benar menjadi buah mulut ramai adalah busana kuning terang yang disarungkannya  cukup berani, cukup elegan.

@radiotelevisyenmalaysia

Ehem, ehem… Jangan ada yang cemburu pulak bila min yang comel ni dapat rakam momen bersama YBhg. Tan Sri Michelle Yeoh tadi di Pavilion Kuala Lumpur 😞😫 #ILITEU #TahunMelawatMalaysia2026 #TMM2026

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Bukan calang-calang, Michelle tampil anggun dalam gaun Balenciaga paras lantai dengan potongan pinggang empire-style yang menaikkan siluet tubuhnya. Bahagian lengan pula direka seakan jubah, jatuh beralun dari bahu, memberi sentuhan dramatik yang begitu eksklusif. Sekali pandang, ia sudah cukup untuk membuatkan ramai terpaku.

Lebih memikat, potongan V-neck yang menjunam memberi sisi sensual namun masih berkelas, satu keseimbangan yang sukar dicapai, tetapi Michelle membawanya dengan penuh keyakinan. Material sifon ringan yang dihiasi knife pleats halus pula membuatkan setiap langkahnya kelihatan lembut dan mengalir, seolah-olah gaun itu ‘hidup’ bersamanya.

Sebagai pelengkap, Michelle memilih rantai mutiara berbentuk lariat yang dramatik,  sederhana namun cukup kuat untuk menyerlahkan keseluruhan penampilan. Tiada yang berlebihan, semuanya tepat pada tempatnya. Itulah kelas seorang ikon fesyen yang tahu apa yang sesuai dengan dirinya.

Gaun yang pernah dipakai Michelle di pentas Haute Couture Balenciaga Fall 2023

Bagi MURAI, penampilan Michelle Yeoh kali ini bukan sekadar soal fesyen. Ia adalah simbol  tentang seorang anak Malaysia yang kembali ke tanah air dengan penuh bangga, membawa nama negara seiring reputasi dunia. Dalam balutan Balenciaga berwarna kuning terang itu, terselit mesej optimisme, kematangan dan keyakinan seorang legenda hidup.

Dan satu perkara pasti, kehadiran Michelle Yeoh pada pelancaran Visit Malaysia 2026 ini bukan sahaja menghangatkan acara, tetapi turut membuatkan ramai kembali bercakap tentangnya — bukan hanya sebagai pelakon pemenang Oscar, tetapi sebagai ikon gaya yang sentiasa relevan, dari Hollywood hingga ke Kuala Lumpur.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |