Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet apabila seorang individu mempersoalkan tawaran gaji RM5 sejam yang dikatakan datang bersama “benefit” seperti KWSP dan PERKESO.
Isu itu bukan sahaja mengundang tanda tanya dari sudut perundangan, malah membuka semula perbualan lama tentang bagaimana hak pekera masih disalah tafsir, terutamanya dalam sektor pekerjaan bergaji rendah.
Dari Part-Time RM8 sejam ke Tawaran Full-Time RM5 Sejam
Menurut perkongsian tersebut, adik kepada individu posting itu bekerja secara sambilan sebagai pembantu guru di sebuah taska dengan kadar RM8 sejam.
Namun, majikannya kemudian menawarkan jawatan sepenuh masa dengan kadar RM5 sejam, sambil menyatakan caruman KWSP dan PERKESO sebagai “benefit”.
Is RM 5 per hour wage legal?
byu/Raon_cale inmalaysia
Keadaan menjadi lebih tegang apabila majikan didakwa mendesak pekerja itu menandatangani kontrak baharu walaupun dia telah menyatakan mempunyai komitmen lain dan mengapa dia memilih untuk melakukan part-time sejak dari awal.
Situasi ini menimbulkan persoalan: adakah kadar bayaran tersebut dibenarkan di sisi undang-undang?
Kiraan Mudah, Realiti Yang Membimbangkan
Jika dikira secara kasar, RM5 sejam bagi lapan jam bekerja sehari dan 26 hari sebulan hanya mencecah sekitar RM1,000 sebulan.
Jumlah ini jelas berada di bawah paras gaji minimum yang ditetapkan bagi pekerja sepenuh masa.
Lebih membimbangkan, jumlah tersebut belum lagi mengambil kira potongan wajib seperti KWSP dan PERKESO, yang secara automatik akan mengurangkan pendapatan bersih pekerja.
KWSP & PERKESO Bukan ‘Benefit’, Tapi Kewajipan Majikan
Antara reaksi paling lantang daripada warganet ialah kritikan terhadap cara sesetengah majikan melabelkan caruman KWSP dan PERKESO sebagai “benefit”.
Hakikatnya, kedua-duanya adalah keperluan statutori yang diwajibkan oleh undang-undang, bukan insentif tambahan atau keistimewaan khas daripada majikan.
Kurang Kesedaran, Pintu Eksploitasi Terbuka
Perbincangan ini turut menyentuh isu lebih besar iaitu tahap kesedaran pekerja muda terhadap hak mereka sendiri.
Ramai berpendapat kurangnya pendedahan mengenai Akta Pekerjaan menyebabkan pekerja, khususnya lepasan sekolah dan mereka di kawasan luar bandar, mudah menerima tawaran yang tidak adil.
Ada juga yang berkongsi pengalaman melihat pekerja sambilan bekerja seperti staf tetap, dengan waktu kerja panjang tanpa bayaran lebih masa, semata-mata kerana majikan ingin mengelak kos caruman.

Lebih Dari Isu Gaji, Ini Tentang Etika Kerja
Walaupun kes ini dikongsikan secara anonim, ia mencerminkan realiti yang masih berlaku dalam sesetengah sektor pekerjaan, termasuk pendidikan awal kanak-kanak.
Bagi warganet, isu gaji rendah bukan sekadar soal angka, tetapi juga soal kualiti kerja, kebajikan pekerja dan kesan jangka panjang terhadap industri itu sendiri.
Perbincangan ini sekali lagi mengingatkan bahawa memahami hak pekerja bukan satu pilihan, tetapi keperluan demi memastikan keseimbangan antara majikan dan pekerja kekal adil dan beretika.

10 hours ago
7

















![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)












![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)










![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)

![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
