Menutup tirai tahun dengan bergaya, Chery Malaysia tampil dengan kempen akhir tahun berskala nasional yang jelas menyasarkan pembeli yang sedang mencari nilai maksimum daripada rebat tunai, ganjaran pelanggan, hinggalah peluang memenangi sebuah kenderaan hibrid.
Via laman web rasmi/ CheryKempen yang berlangsung dari 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026 ini memberi fokus kepada rangkaian kenderaan plug-in hybrid electric vehicle (PHEV), selari dengan peningkatan minat pengguna terhadap mobiliti lebih cekap dan mesra alam.
Pandu Uji Je Dah Layak Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000
Antara tarikan utama kempen ini ialah tawaran cabutan bertuah automatik kepada pelanggan yang melakukan pandu uji mana-mana model PHEV Chery. Tanpa perlu komitmen pembelian, pelanggan berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM200,000.
Hadiah utama pula bukan calang-calang, sebuah Tiggo Cross HEV, sekali gus menjadi insentif tambahan untuk pelanggan merasai sendiri teknologi Chery Super Hybrid. Ringkasnya, cuba dulu, mana tahu terus ‘bawa balik’.
Jarak Pemanduan Sampai 1,200km, Sesuai Untuk Yang Tak Suka Singgah Pam Minyak
Kempen ini menampilkan dua model PHEV utama, iaitu Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV, yang menggabungkan pemanduan elektrik dengan kecekapan enjin petrol.
Via laman web rasmi/ CheryGabungan ini membolehkan jarak pemanduan keseluruhan mencecah sehingga 1,200 kilometer dengan satu tangki bahan api dan cas penuh satu angka yang jelas menarik perhatian, terutama bagi pengguna yang kerap memandu jarak jauh.
Kedua-dua model turut menawarkan:
- Tork segera untuk pecutan responsif
- Kestabilan pemanduan lebuh raya
- Peralihan lancar antara mod elektrik dan hibrid
- Pendek kata, praktikal untuk kegunaan harian, tapi masih sedap dibawa.
- Rebat Tunai Sampai RM15,000, Ini Senarai Yang Perlu Tahu
Bagi pembeli yang serius, Chery turut menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000 untuk model terpilih sepanjang tempoh kempen:
- Tiggo 8 PRO – rebat sehingga RM15,000
- Tiggo 7 PRO – rebat sehingga RM10,000
- Tiggo Cross HEV & Tiggo Cross Turbo – rebat sehingga RM5,000
- Tiggo 7 PHEV & Tiggo 8 PHEV – rebat RM5,000 setiap satu

Dengan rebat ini, harga jualan di Semenanjung Malaysia bermula serendah RM88,800, menjadikan rangkaian Chery lebih mudah diakses untuk pelbagai segmen pembeli.
Waranti Bateri 10 Tahun, Percuma & Bukan Gimik
Satu lagi ‘win point’ kempen ini ialah tawaran waranti bateri lanjutan secara percuma untuk pembelian model PHEV.
Pembeli Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV akan menerima:
- Waranti bateri 10 tahun atau 200,000km
- Meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan kenderaan
Waranti bernilai RM3,000 ini ditawarkan tanpa kos tambahan dan turut terpakai kepada pelanggan yang membeli model berkenaan sejak pelancarannya pada Oktober lalu. Untuk pembeli PHEV, ini jelas beri ketenangan minda jangka panjang.
Teknologi Super Hybrid Dengan Fokus Keselamatan
Kedua-dua model PHEV ini dikuasakan oleh teknologi Chery Super Hybrid, menggabungkan:
- Enjin hibrid Acteco 1.5TGDi generasi kelima
- Transmisi hibrid khusus
- Bateri lithium iron phosphate 18.3kWj
Menyokong pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 90km, pengecasan pantas 30% ke 80% dalam 19 minit, serta dilengkapi Guardian Battery Safety System dengan ciri keselamatan menyeluruh, termasuk keupayaan meredah air dan julat suhu operasi ekstrem.
Kesimpulannya, bagi pembeli yang sedang mempertimbangkan kenderaan baharu menjelang tahun baharu, kempen akhir tahun Chery ini jelas menawarkan nilai, insentif dan perlindungan jangka panjang bukan sekadar potongan harga semata-mata.

2 hours ago
3





![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)

























![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)








![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
