Ini Rahsia Port Dickson, Pasir Pink & Tarikan Hebat Yang Perlu Anda Cuba!

1 day ago 9

Port Dickson bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang cantik, malah menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong, sama ada bersama keluarga, pasangan atau solo traveler. Dari muzium sejarah hingga tarikan baharu yang instagrammable, berikut lima destinasi utama yang wajib dikunjungi di Port Dickson.

1. Muzium Tentera Darat (Army Museum Port Dickson)

Gambar @visitmalaysia.info

Muzium Tentera Darat merupakan muzium ketenteraan terbesar di Malaysia, menempatkan pelbagai artifak dan replika sejarah dari zaman Portugis hingga Malaysia mencapai kemerdekaan. Muzium ini mempunyai sembilan galeri dalaman dan pameran luar termasuk pesawat tentera, kereta kebal, meriam dan helikopter.

Kemudahan seperti bilik tayangan, kafe, kedai cenderamata, serta pembantu penerangan tersedia untuk pengunjung yang ingin lawatan berkumpulan. Muzium ini diiktiraf sebagai antara muzium paling moden di Malaysia dan memenangi Merit Award kategori Best Tourist Attraction on National Identity (Heritage) 2005/2006.

Lokasi: Batu 4, berdekatan Pusat Latihan Asas Tentera Darat, PD
Waktu operasi: Rabu – Ahad, 10:00 pagi – 5:00 petang
Bayaran masuk: Percuma

2. Pantai Teluk Kemang

Gambar @visitmalaysia.info

Pantai Teluk Kemang adalah destinasi pantai paling popular di PD, sesuai untuk aktiviti santai atau permainan air. Pengunjung boleh menikmati windsurfing, kayak dan motosikal air, atau bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam.

Terdapat juga kawasan rekreasi lengkap dengan gazebo, jalur pejalan kaki, tempat letak kereta, tandas awam, gerai makanan dan restoran berhampiran.

Lokasi: 7th – 8th Mile, Port Dickson
Bayaran masuk: Percuma

3. Port Dickson Mini Zoo

Menurut hantaran video Instagram di akuan @portdicksonminizoo, Mini zoo ini menawarkan pengalaman mendekati haiwan-haiwan jinak seperti arnab, raccoon, sugar glider dan skunk. Pengunjung juga boleh memberi makan haiwan, serta menikmati aktiviti tambahan seperti horse riding, tangkap ikan, fish spa dan mini fun kitchen.

Zoo ini mesra kanak-kanak dan lengkap dengan kemudahan surau, bilik bayi, tandas mesra OKU, kerusi roda dan payung untuk keselesaan pengunjung.

Lokasi: Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala, PD
Waktu operasi: Setiap hari, 9:00 pagi – 7:00 petang
Harga tiket: Dewasa RM30, Kanak-kanak RM20 (warganegara)

4. PD Waterfront & Pantai Merah Jambu

@airplan.management

**✨Masuki dunia dongeng PANTAI PINK + HOMESTAY PEMANDANGAN LAUT!** Sista, jom explore “Pantai Barbie” tersembunyi ni! 💖 🏖️ Mimpi jadi realiti: Jejak kaki di pasir merah jambu halus sambil snap gambar terus *aesthetic* macam feed Instagram! 🌊 Homestay tepi pantai: Buka tingkap terus nampak laut , matahari terbenam WAJIB tag @bestie/@boyfie datang! 📍Lokasi:Baca komen 👗 Outfit:Dress putih + beg rotan = GEMPAR Instagram!im #airplanmanagement #homestaymanagement #portdickson #beach #seaview #粉色沙滩 #周杰伦 #Jay #kolam #无敌海景 #cuti #relax #sunset #Seaview

♬ original sound – airplan.management – airplan.management

Menurut hantaran video Instagram di akaun @airplan.management, PD Waterfront kini terkenal dengan Pantai Merah Jambu, lokasi ideal untuk berjalan santai, bersantai atau bergambar. Pantai ini menampilkan pasir berwarna unik dengan suasana tenang, sesuai untuk pelancong yang mencari pengalaman santai dan pemandangan cantik.

Di kawasan sekeliling, terdapat karnival dengan carousel, food stall dan kawasan picnic. Waktu terbaik untuk melawat ialah petang hingga senja, kerana warna pasir pinknya lebih jelas dan indah untuk fotografi.

Lokasi: Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, PD
Bayaran masuk: RM5 semasa karnival

5. PD Maze

Entrance and Exit Arch of PD MazeGambar @Tripadvisor

PD Maze merupakan taman labirin terbesar di Malaysia dengan kawasan seluas 4,000 meter persegi dan laluan sepanjang 1,300 meter. Labirin ini dihiasi lebih 10 instalasi seni, optical illusion dan sculpture kreatif yang menarik untuk fotografi.

Pengunjung boleh menikmati aktiviti santai di kawasan picnic, mengambil gambar dari steel bridge setinggi 2.5 meter, dan merasai pengalaman mencabar diri bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lokasi: Bandar Dataran Segar, PD
Waktu operasi: 9:00 pagi – 6:30 petang (Tutup Selasa)
Harga tiket: Dewasa RM18, Kanak-kanak RM13 (6 tahun ke atas)

Port Dickson menawarkan pengalaman pelancongan lengkap dari sejarah, pantai, haiwan, ke tarikan terbaru yang instagrammable. Sesuai untuk semua peringkat umur, Port Dickson menjadi destinasi ideal untuk percutian santai atau aktiviti menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |