Berita gembira untuk mereka yang lahir pada tahun 2008!
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menyalurkan pembayaran manfaat bagi individu yang lahir pada tahun 2008. Untuk makluman semua, TAWAS ialah satu program khas kerajaan negeri Selangor untuk memberi manfaat jangka panjang kepada anak-anak kelahiran Selangor.
Penting untuk kamu tahu, TAWAS terbuka kepada bayi dan anak-anak kelahiran Selangor yang memenuhi syaray dan permohonan perlu dibuat sebelum umur 3 tahun.
Kelayakan & Syarat Pemohon TAWAS
- Warganegara Malaysia dan mempunyai MyKid/atau MyKad.
- Dilahirkan di Selangor atau memenuhi syarat kelahiran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor
- Terbuka kepada anak-anak kelahiran mulai 1 Januari 2008 sahaja
- Permohonan perlu dibuat sebelum usia anak mencapai 3 tahun
- Permohonan perlu dibuat oleh penjaga sah, untuk anak angkat pula perlu disertakan salinan surat perakuan anak angkat atau surat kuasa penjagaan rasmi.
Pada masa yang sama, penjaga perlu menyediakan salinan MyKid dan sijil lahir anak, salinan MyKad ibu dan bapa. Bagi anak angkat pula, salinan MyKad penjaga dan salinan surat perakuan anak angkat.
Semakan Kelayakan
- Layari web rasmi semakan TAWAS [https://tawas.yawas.my/login.php]
- Masukkan nombor MyKad ibu, bapa atau penjaga
- Klik “Log Masuk” untuk lihat status pendaftaran, maklumat ahli dan kelayakan tuntutan
Untuk sebarang masalah, hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di 03-5481 8800 atau emel [email protected].
Cara Kemaskini Maklumat
Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS boleh mengemas kini maklumat di https://tawas.yawas.my/login.php atau aplikasi YAWAS sebelum fasa pembayaran pada Mac 2026.
Kemas kini maklumat:
- Nombor telefon ibu, bapa atau penjaga
- Alamat tempat tinggal terkini
- Emel ibu, bapa atau penjaga
- Pilihan kaedah pembayaran
Fasa Pembayaran
Fasa pembayaran TAWAS Selangor 2026 untuk anak kelahiran 2008 terbahagi kepada 4 fasa seperti:
- Fasa 1 (Ahli lahir bulan Januari-Mac): 15 Mac sehingga 30 Mac 2026
- Fasa 2 (Ahli lahir bulan April-Jun): 15 Jun sehingga 30 Jun 2026
- Fasa 3 (Ahli lahir bulan Julai-September): 15 September sehingga 30 September 2026
- Fasa 4 (Ahli lahir bulan Oktober-Disember): 15 Disember sehingga 30 Disember 2026
Untuk pengetahuan semua, jika terlepas peluang membuat tuntutan dalam fasa yang ditetapkan, tuntutan boleh dilakukan pada fasa seterusnya. Tetapi tempoh tuntutan adalah selama satu tahun dari tarikh hari lahir yang ke-18.

1 day ago
11















![[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/613029917_1483872767074771_523432032826142430_n-e1769062558588.webp)



















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)








