Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh lipat.
Ditawarkan pada harga RM8,688, Mate X7 tampil sebagai peranti flagship yang bukan sahaja fokus pada inovasi, tetapi juga keselesaan dan kebolehgunaan harian. Merupakan satu perkara yang semakin dituntut oleh pengguna hari ini.
Direka untuk mereka yang mahukan satu peranti bagi kerja dan hiburan, HUAWEI Mate X7 membuktikan telefon lipat kini bukan lagi sekadar gimik teknologi, tetapi pilihan yang realistik untuk kegunaan harian.

Reka Bentuk Premium yang Nipis dan Selesa
HUAWEI Mate X7 hadir dengan reka bentuk quad-curve yang nipis dan egornomik, menjadikannya selesa digenggam walaupun dengan skrin besar.
Sentuhan Light Woven Brocade dan modul kamera Time Space Gate memberi identiti tersendiri yang tampak eksklusif dan moden.
Telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Nebula Red, Classic Black dan Brocade White, sesuai untuk pengguna yang mementingkan gaya tanpa mengorbankan fungsi.

Paparan Besar, Pengalaman Lebih Fleksibiliti
Dibahagian paparan, Mate X7 dilengkapi sistem X-True Dual Display dengan skrin luar 6.49 inci dan skrin dalaman 8 inci.
Skrin luar memastikan penggunaan satu tangan yang praktikal, manakala skrin dalaman memberi ruang luas untuk multitasking, menonton video serta tugasan kreatif.
Kadar segar semula adaptif pula memastikan pengalaman penggunaan yang lancar serta responsif, sama ada untuk kerja atau hiburan.
Kamera Flagship Untuk Pelbagai Situasi
Fotografi menjadi antara kekuatan utama HUAWEI Mate X7. Dilengkapi sistem True-to-Colour Camera, peranti ini menawarkan warna yang lebih tepat dan prestasi cahaya yang lebih baik dalam pelbagai situasi.
Kamera Ultra Lighting HDR membantu mengekalkan butiran dan keseimbangan gambar, manakala kamera telefoto makro 50MP dengan zum optikal 3.5x membolehkan rakaman jarak jauh dan dekat dengan jelas.
Rakaman video Ultra HDR 4K turut menyokong visual sinematik yang lebih hidup.
Lebih Lasak, Lebih Yakin Digunakan
Untuk isu ketahanan, HUAWEI Mate X7 dibina dengan Ultra-Reliable Foldable Architecture. Skrin luar dilindungi Ultra-Durable Crystal Armour Kunlun Glass, manakala engsel berketepatan tinggi dan struktur komposit tiga lapisan menguatkan skrin dalaman.
Dengan penarafan IP58 dan IP59 untuk rintangan habuk dan air, Mate X7 direka untuk penggunaan dunia sebenar, bukan sekadar untuk dipamerkan.
Bateri Besar dan Ciri AI Pintar
Mate X7 dikuasakan bateri 5,600mAh silicon-carbon yang menyokong 66W pengecasan berwayar dan 50W pengecasan tanpa wayar. Pelbagai ciri AI turut disertakan seperti AI Remove, AI Best Expression, terjemahan bersemuka dan pembatalan hingar dua hala, menjadikan pengalaman penggunaan lebih praktikal dan intuitif.
Tawaran Pra-Tempah & Nilai Tambahan
Bermula 20 Januari 2026, HUAWEI Mate X7 boleh dipra-tempah di HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta melalui pelan Maxis bermula RM170 sebulan.
Pelanggan pra-tempah akan menerima hadiah bernilai sehingga RM7,597, termasuk HUAWEI WATCH 5, MatePad 11.5, HUAWEI Care+ (perlindungan skrin setahun) serta rebat tukar beli sehingga RM2,000.
Ekosistem HUAWEI Terus Berkembang
Selain Mate X7, HUAWEI turut memperkenalkan HUAWEI FreeClip 2 pada harga RM699 selepas rebat, serta barisan HUAWEI WATCH ULTIMATE Design dan WATCH GT 6 Series, termasuk edisi Royal Gold dan kolaborasi HONMA x HUAWEI WATCH GT 6 Pro.
Dengan pelancaran HUAWEI Mate X7, jelas HUAWEI mahu menjadikan telefon lipat sebagai peranti arus perdana yang praktikal, tahan lasak dan relevan dengan gaya hidup moden.
Pada harga RM8,688 serta tawaran hadiah yang menyeluruh, Mate X7 tampil sebagai pilihan menarik untuk pengguna yang mahukan teknologi premium yang benar-benar berbaloi.

1 day ago
11



![[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/613029917_1483872767074771_523432032826142430_n-e1769062558588.webp)






























![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)







