Tersembunyi di daerah Asajaya, kira-kira 50 kilometer dari Kuching, Kampung Sebandi Ulu menyimpan satu keunikan budaya yang jarang ditemui di tempat lain. Setiap kali Maulidur Rasul, kampung ini berubah menjadi lautan dulang kuih berwarna-warni menerusi tradisi palak kuih, satu amalan turun-temurun yang telah bertahan lebih lapan dekad dan masih diraikan dengan penuh makna hingga hari ini.
Tradisi Dari Era 1940-an Yang Masih Kekal Hingga Kini
Bermula sejak tahun 1940-an ketika bilangan rumah di kampung ini masih terhad, palak kuih asalnya menjadi cara penduduk memperkukuh hubungan sesama jiran. Kini, dengan hampir 200 buah rumah, tradisi ini semakin meriah apabila ratusan penduduk dari kampung sekitar turut hadir, menjadikan sambutan ini antara acara komuniti paling dinanti setiap tahun.
Dulang Kuih Jadi Simbol Berkat & Perpaduan
Via gambar peribadi penduduk Kampung Sebandi UluSetiap keluarga membawa sekurang-kurangnya satu dulang kuih dengan sebiji kek diletakkan di tengah sebagai palak, dikelilingi pelbagai kuih tradisional seperti bahulu, peneram, kuih loyang dan kek lapis Sarawak. Dulang ini kemudiannya ditukar sesama penduduk sebagai simbol perkongsian rezeki, keberkatan dan keharmonian komuniti, satu pengalaman yang cukup ‘rare’ untuk dilihat di era moden.
Menariknya, tradisi palak kuih turut memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat. Ramai yang membuat tempahan kuih daripada pengusaha kampung lebih sebulan awal, dengan kos penyediaan boleh mencecah ratusan ringgit bagi satu dulang. Ada dulang yang beratnya sehingga tiga kilogram, bukti kesungguhan penduduk mengekalkan tradisi ini dengan penuh rasa bangga.
Hidden Gem Untuk Pelancong Yang Mahu ‘Rasa’ Sarawak Sebenar
Bagi pelancong yang mahukan pengalaman lebih daripada sekadar pemandangan cantik, Kampung Sebandi Ulu menawarkan sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain, kehangatan komuniti, budaya berkongsi dan warisan hidup yang masih diamalkan. Tidak hairanlah tradisi ini turut mendapat perhatian kerajaan negeri sebagai identiti unik kampung yang wajar dipelihara.
Murai simpulkan, palak kuih bukan sekadar pertukaran dulang manisan, tetapi lambang kekuatan komuniti Sarawak. Sebuah hidden gem yang membuktikan bahawa keindahan sebenar perjalanan terletak pada manusia dan budaya, bukan hanya destinasi.

6 hours ago
7






























![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)







![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

