“Dia Juga Berhak Diraikan”- Abby Abadi Impi Adakan Majlis Sanding Untuk Marissa

7 hours ago 7

Aktres dan usahawan, Abby Abadi baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia meluahkan harapan dan doa untuk anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi hantaran videonya di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, mendedahkan bahawa dia mengimpikan untuk mengadakan majlis persandingan yang serba indah buat Marissa suatu hari nanti.

“Mama tengah berangan ni. Berangankan free hihi. Doakan untuk anak cantik Mama @Marissa Dania ni agar ada rezeki merasa majlis yang indah-indah. Supaya jadi kenangan abadi untuk diri dia. Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya,”

Berdasarkan video kongsiannya itu, Abby turut memaparkan gambarnya bersama Marissa Dania ketika menghadiri majlis resepsi aktres Erra Fazira dan usahawan Ezwan Zain yang diadakan pada Sabtu minggu lepas.

@abbyabadi.exclusive

Mama tengah berangan ni.. Berangankan free hihi.. Doakan utk Anak cantik Mama @Marissa Dania ni agar ada rezeki merasa majlis yg indah2… supaya jadi kenangan abadi utk diri dia.. sbb dia juga berhak diraikan sebaiknya 😘 Ya Allah, semoga ada rezeki utk anak ini Ya ALLAH. Majlis yg serba indah, yg penuh ketenangan, serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman. Aminnnnn.. tolongg Aminkan sekali doa Mamanya ini 🤭😍

♬ Berteman sepi – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

Dengan penuh kasih sayang, Abby Abadi tidak melepaskan peluang untuk mendoakan anak perempuannya itu dalam menempuh ujian  hidup.

“Ya Allahm semoga ada rezeki untuk anak ini Ya Allah. Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan, serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman. Aminn. Tolong aminkan doa Mamanya ini.”

Untuk rekod, pempengaruh Marissa Dania merupakan anak kedua kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim. Pempengaruh ini menjadi tumpuan ramai selepas didakwa menjadi pihak ketiga dalam rumah tangga pempengaruh Ahmad Aslam dan Umisya Mazlan.

Marissa mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam pada 27 Disember 2023 di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |