Pelakon legenda era 90-an, Deanna Yusuff, baru-baru ini mencuri perhatian ramai bila berkongsi luahan hati tentang sambutan Krismas dan jujurnya, ia bukan luahan biasa-biasa.
Dalam nada yang tenang tapi deep, Deanna menjelaskan kenapa Krismas sentiasa dekat di hatinya. Bukan soal agama, bukan juga ikut tradisi semata-mata. Tapi sebab rasa yang dia simpan sejak kecil.
Untuk yang mungkin tak tahu, Deanna, yang lahir pada 3 Januari 1967, merupakan pelakon wanita Malaysia berdarah kacukan Melayu–Switzerland. Beliau mula melangkah masuk ke dunia hiburan secara profesional pada tahun 1990, dan namanya terus menjadi sebutan selepas membawakan watak Mastura dalam filem Selubung, lakonan yang melayakkan beliau merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-10.
Menurut Deanna dalam postingnya di sosial media, Krismas adalah musim yang buat dia rasa “hidup”. Musim yang penuh kehadiran, rasa dimiliki, dan kehangatan yang susah nak diterjemah dengan kata-kata.
Deanna membesar di kawasan desa Switzerland yang diselimuti salji. Di situlah semua memori Krismas itu terbentuk, keluarga berkumpul, muzik yang meresap ke jiwa, dan momen kecil yang akhirnya jadi kenangan besar.
FOTO: heartpatrick.comKrismas bagi Deanna bukan perkara grand. Ia tentang biskut yang dibakar dalam oven, roti halia dan buah limau atas meja, cari pokok untuk dihias sama-sama, jalan kaki hirup udara sejuk musim sejuk, hadiah DIY penuh kasih sayang dan suara yang menyatu dalam lagu.
Kini, walaupun menetap di Asia dan tak selalu pulang ke Switzerland, Deanna percaya satu perkara. Rsa itu tak pernah hilang. Ia masih hidup dalam rutin kecil, baking, ritual peribadi, lagu yang dia hum perlahan, dan cinta yang dia curahkan pada hari itu.
VIA IG DEANNA YUSUFFTak dinafikan, ada yang tertanya-tanya kenapa dia masih meraikan Krismas. Jawapan Deanna ringkas tapi kena tepat ke hati:
“Sebab saya pilih untuk raikan apa yang buat jiwa saya menyala.”
Bagi Deanna, memori dan perasaan itu sudah sebati dalam diri. Ada yang pernah sama-sama meraikan Krismas dengannya dulu kini sudah tiada, dan ada tahun-tahun yang berlalu tanpa Switzerland. Tapi esensinya tetap dia bawa ke mana saja dia pergi.
“Krismas hidup dalam diri saya,” katanya. Dan perasaan itu, tiada siapa boleh ambil.
Di hujung coretan, Deanna titipkan doa agar semua orang menikmati hari tersebut dengan cara masing-masing tak kira bagaimana, di mana, atau dengan siapa.
Simple, jujur, dan penuh makna. Kadang-kadang, yang buat sesuatu perayaan itu istimewa bukan namanya api rasa yang tinggal dalam hati.
VIA IG DEANNA YUSUFF
2 hours ago
5






























![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)







![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

