Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

7 hours ago 8

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial memang tak senyap. Ramai ibu bapa mula berbincang, ada yang sokong, ada yang tertanya-tanya, dan ada juga yang terus rasa panik.

Isu besarnya, cadangan Tahun 1 bermula pada usia enam tahun, berbanding tujuh seperti yang kita semua lalui selama berpuluh tahun. Soal kesediaan anak, soal emosi, soal “cukup matang ke belum?” semuanya naik sekali gus. Dan bila isu macam ni meletup, memang sah ada selebriti yang akan bersuara.

Dan dalam ramai-ramai tu, pelakon kesayangan ramai, Datuk Fizz Fairuz, pun tak lepaskan peluang menyuarakan pendapatnya.

Menerusi IG Stories, Fizz tampil dengan gaya selamba yang memang trademark beliau.

Katanya,

“Dia buat hal lagi. Beratus tahun dah, darjah 1 berusia 7 tahun. Tiba-tiba tukar 6 tahun. Macam mana dia nak berdikari? Haha ini kelakar.”

Cara Fizz ulas tu memang buat MURAI tersengih… sinis tapi ada point. Macam suara hati ramai juga sebenarnya.

Bertenang Semua… Kemasukan Umur 6 Tahun Sebenarnya Tak Wajib

Tapi bila MURAI semak laporan Kosmo, rupa-rupanya ramai salah faham. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ada menjelaskan yang kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun 1 ini bukan wajib pun. Hanya untuk ibu bapa yang rasa anak mereka sudah cukup kuat dari segi emosi, psikologi, dan persediaan asas. KPM katanya tak mahu anak-anak kecil terkesan dari segi perkembangan kalau masuk terlalu awal tanpa readiness.

Jadi kalau anak belum ready, tak perlu paksa.

PM Umum Awal, Tapi Pelaksanaan Ada “Breathing Space”

MURAI ikut juga ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, bermula tahun hadapan:

Pra sekolah mula umur 5 tahun

Tahun 1 mula umur 6 tahun

Tapi sebelum ada yang panik, kerajaan siap beri ruang untuk semua pihak ibu bapa, guru, dan murid buat persediaan. Sebab itu ia tidak diwajibkan.

Walaupun Fizz komen sambil menyakat, sebenarnya ia menggambarkan kebimbangan paling asas yang bermain di kepala ramai ibu bapa, “Anak aku ni dah kuat ke nak masuk Tahun 1 awal?”

Perubahan ini datang dengan fleksibiliti. Yang penting, anak-anak tak dipaksa jadi ‘besar’ lebih awal daripada sepatutnya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |