Dana Segera Untuk Sekolah Vernakular & Agama, Kerajaan MADANI Tegas Tangani Sekolah Daif

1 day ago 9

Kerajaan MADANI terus memperkukuh komitmen dalam memastikan kualiti pendidikan negara dipertingkat apabila Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peningkatan peruntukan penyelenggaraan melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz.

Menurut beliau, kerajaan meningkatkan peruntukan kepada SJKC sebanyak RM80 juta, berbanding RM50 juta sebelum ini, manakala SJKT menerima RM50 juta, susulan masih terdapat sekolah yang berdepan isu kemudahan.

“Dan kita ada juga sekolah SJKC, itu dijalankan dana sekarang dan ada juga sekolah itu anak-anak Bumiputera dan India, tanpa kecuali dulu kita sediakan RM50 juta, sekarang RM80 juta untuk SJKC”

“Bagi sekolah Tamil pula, walaupun jumlahnya kecil, tetapi ada sekolah itu daif dan kita sediakan RM50 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Amanat Tahun 2026, di Putrajaya.

YouTube video

SAR & Maahad Tahfiz Terima Dana Segera RM200 Juta

Selain sekolah vernakular, Anwar turut mengumumkan peruntukan segera berjumlah RM200 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan maahad tahfiz daif di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan MADANI menerima laporan bahawa keadaan SAR merupakan antara yang paling daif berbanding sekolah lain di negara ini, walaupun menempatkan ratusan ribu pelajar.

“Walaupun ia tidak termasuk dalam skim sekolah ikut dasar pelajaran kebangsaan. Tetapi ratusan ribu, lebih 300,000 lebih pelajar di sekolah agama rakyat ini”

“Dulu dibatalkan sama sekali oleh Perdana Menteri dahulu, semua bantuan. Ini sebenarnya mendera anak-anak kita.”

“Kita sediakan dana untuk memperbaiki kemudahan sekolah ini cecah ribuan ringgit, kita sediakan (dana) sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz sebanyak RM200 juta peruntukan segera,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya berhubung dengan semua sekolah terlibat bagi memperbaiki kurikulum yang digunakan, sekali gus meningkatkan mutu pembelajaran serta memastikan guru yang lebih terlatih dapat disediakan.

Bagi Murai, peningkatan peruntukan ini mencerminkan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menangani isu sekolah daif merangkumi semua aliran pendidikan, selari dengan usaha memperkasa sistem pendidikan negara secara inklusif.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |