Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang penumpang berkongsi pengalaman disoal penumpang lain hanya kerana dia membeli dua tempat duduk dalam satu penerbangan.
Apa yang bermula sebagai permintaan duduk bertukar menjadi soal siasat, walaupun kerusi berkenaan jelas mempunyai tiket dan telah ditempah atas namanya sendiri.
“Kerusi Ini Ada Tiket, Saya Yang Beli”
Menurut individu tersebut, dia memilih untuk membeli dua tiket semata-mata kerana mahukan ruang dan keselesaan.
Namun keputusan itu dipersoalkan, termasuk dakwaan kononnya dia “mengambil tempat orang lain” dan dianggap tidak adil kerana enggan bersesak seperti penumpang lain.
Situasi menjadi semakin tegang apabila penjelasan ringkas tidak diendahkan, sehingga individu itu terpaksa memberi amaran akan melaporkan gangguan tersebut kepada kru penerbangan.

Bila Hak Pengguna Jadi Bahan Pertikaian
Netizen melihat insiden ini sebagai contoh jelas bagaimana hak pengguna sering dipertikaikan apabila seseorang membuat pilihan di luar kebiasaan.
Hakikatnya, pembelian kerusi tambahan adalah sah di bawah polisi banyak syarikat penerbangan, termasuk melalui kategori “extra seat” (EXST).
Jika ia dibenarkan oleh pihak airline dan dibayar sepenuhnya, ramai berpendapat tiada sebab ia perlu menjadi isu moral atau sosial.
Body Shaming & Standard Berganda
Perbincangan semakin melebar apabila isu ini dikaitkan dengan pengalaman penumpang berbadan besar.
Ada yang berkongsi bagaimana mereka sering diminta membeli dua kerusi agar tidak “mengganggu orang lain”, namun tetap dipersoalkan selepas berbuat demikian.
Bagi warganet, ini bukan lagi soal tempat duduk, tetapi gambaran bagaimana sesetengah individu seolah-olah tidak diterima berada di ruang awam, walau apa pun pilihan yang dibuat.
Kenapa Tak Senang Tengok Orang Lain Selesa?
Ramai warganet berpendapat kemarahan penumpang tersebut bukan kerana kekurangan kerusi, sebaliknya kerana rasa tidak puas hati melihat orang lain menikmati keselesaan yang tidak dimiliki.
Lebih ironik, kerusi kosong itu sebenarnya memberi kelebihan kepada penumpang lain di sebelah, namun masih dianggap satu kesalahan.
Pramugari Masuk Gelanggang
Seorang pramugari yang memberi respon menyifatkan tindakan membeli kerusi tambahan sebagai langkah bijak dan sah. Malah, dia menegaskan jika ada rasa tidak puas hati, ia sepatutnya ditujukan kepada syarikat penerbangan, bukan individu yang mematuhi peraturan.
Tambahnya, tiada penumpang yang disisihkan kerana sistem jualan tiket bergantung kepada siapa yang menempah lebih awal.
via Thread /@foodieslyfe81“Best Plane Neighbour Ever”
Menjengah ruangan komen, majoriti netizen tampil menyokong individu tersebut. Ada yang menyifatkannya sebagai jiran penerbangan paling ideal, malah bergurau sanggup belanja snek kerana menghargai ruang tambahan yang dinikmati.
Ada juga yang menganggap tindakan itu sebagai strategi pintar untuk mengurangkan stres dan ketidakselesaan ketika penerbangan jauh.
via Thread /@elmic.jpg
via Thread /@tenju96
via Thread /@kbkind26Isu ini memperlihatkan bagaimana keselesaan peribadi masih sering dipandang serong apabila tidak mengikut norma majoriti.
Namun selagi ia dilakukan secara sah dan tidak menjejaskan orang lain, pilihan individu wajar dihormati.
Mungkin persoalan sebenar bukan siapa yang patut bersesak, tetapi kenapa keselesaan orang lain masih mudah mencetuskan rasa tidak senang.

1 day ago
9
![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)






























![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



