Bantuan Awal Persekolahan RM150 Kini Untuk Semua Pelajar Hingga Tingkatan Enam!

1 day ago 10

Berita baik buat semua ibu bapa, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kini diperluaskan kepada semua pelajar sehingga tingkatan enam.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa inisiatif Kembali ke Sekolah kini meliputi pelajar prasekolah hingga tingkatan enam. Menurut beliau, penyaluran bantuan akan dilaksanakan dalam tempoh satu hingga dua minggu, dengan syarat ibu bapa atau penjaga perlu hadir sendiri ke sekolah untuk menerima bantuan berkenaan.

Ibu Bapa Perlu Hadir, Tak Boleh Wakilkan

Anwar menjelaskan, kehadiran ibu bapa ke sekolah bukan sekadar prosedur, sebaliknya bertujuan memastikan wang bantuan benar-benar digunakan untuk keperluan anak-anak.

“Kita syaratkan ibu bapa mesti hadir ke sekolah. Pertama, bagi memastikan wang itu benar-benar dibelanjakan untuk anak dan kedua, supaya ibu bapa dapat mendengar sendiri daripada guru mengenai perkembangan serta masalah anak,” katanya ketika Perutusan Tahun Baharu 2026 baru-baru ini.

May be an image of dais and text that says "KEMENTERIANPEMCENAN KEMENTERIAN PEMCABLAN Amanat Tahun Baharu YAB Perdana Menteri INISIATIF PENDIDIKAN 2026 PERUNTUKAN SELENGGARA SEKOLAH Sekolah Agama 2025 RM150 Juta 2026 RM200 Juta BANTUAN UNTUK MURID Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2025 RM50 Juta 2026 RM80 Juta Bantuan Awal Persekolahan RM15 untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 Peruntukan keseluruhan RM800 Juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 2025 RM30 Juta 2026 RM50 Juta Bantuan untuk murid Orang Kurang Upaya (OKU) dan pendidikan khas FADHLINA LIHA LIHA SIDEK MTERIPENDIDIKAN K ENDIDIKAN -MALAYSIA MADANI"Via Facebook rasmi/ Kemneterian Pendidikan Malaysia

Fokus Kurangkan Beban Awal Persekolahan

BAP RM150 bukan sekadar angka, ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk kurangkan beban awal persekolahan. Pendekatan ini juga membolehkan komunikasi langsung antara guru dan ibu bapa, memastikan anak-anak mendapat perhatian sewajarnya.

Selaras dengan itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, melalui posting beliau di Facebook, menekankan bahawa BAP diteruskan dengan kos keseluruhan RM800 juta, termasuk diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam, serta menambah perhatian khusus kepada murid OKU dan pendidikan khas. Ini menunjukkan kerajaan bukan sekadar memberi bantuan, tetapi juga peduli terhadap perkembangan setiap pelajar.

“Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid pula diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM800 juta. Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban persediaan persekolahan, bermula pada tahun 2025, BAP telah turut diperluaskan kepada semua pelajar Tingkatan Enam”

“KPM juga mengalu-alukan keprihatinan YAB Perdana Menteri untuk meningkatkan bantuan kepada murid OKU dan pendidikan khas” katanya.

Via Facebook rasmi Menteri Pendidikan/ Fadhlina Sidek

Pendekatan mewajibkan kehadiran ibu bapa dilihat sebagai langkah dua dalam satu, bukan sahaja menyampaikan bantuan, malah menggalakkan komunikasi terus antara ibu bapa dan pihak sekolah. Ringkasnya, bukan sekadar duit diberi, tetapi perhatian terhadap perkembangan pelajar turut dititikberatkan.

Untuk makluman, wang tunai RM150 akan diagihkan bermula 13 Januari dan akan memanfaatkan lebih 5.2 juta pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6, termasuk mereka yang mengikuti pendidikan vokasional dan khas, layak menerimanya tanpa had pendapatan. Jadi ibu bapa jangan lupa tandai kalendar!

Murai harap dengan BAP RM150 ini, ibu bapa boleh tarik nafas lega sedikit, sementara anak-anak pula boleh bersiap sedia untuk sekolah!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |