Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem, baru-baru ini.
Terima 6 Jahitan Pada Bawah Lutut
Kongsi Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa terdapat salah satu babak yang memerlukan komitmennya yang harus melompat dari tembok dan turun ke sungai besar.
Namun, malang menimpa apabila kakinya tergelincir dan tersadung pada batu menyebabkannya menerima enam jahitan pada bahagian bawah lutut.
“Malang memang tak berbau. Semalam merupakan last day di set shooting filem Bisikan Nafsu. Ada satu babak yang perlukan komitmen Aniq dan Aniq cuba untuk buat yang terbaik.
Scene tu Aniq kena melompat dari tembok turun ke sungai besar dan pergi keseberang. Tapi nak jadikan cerita Aniq tergelincir, kaki tersadung di batu… dan zass 6 jahitan.-kongsi Aniq di Instagram

Dalam pada itu, Aniq turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak perubatan Klinik Kesihatan dan pasukan produksi yang pantas bertindak merawat merawat kecederaannya itu.
“Apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada nurse, doktor dan seluruh staff Klinik Kesihatan Bukit Besi atas layanan yang sangat baik dan tindakan pantas merawat Aniq.
Terima kasih juga kepada team produksi dan Abang Riza yang terus rushkan Aniq ke klinik. Appreciate sangat.”-tambah Aniq
Berehat Untuk Sementara Waktu
Disebabkan kecederaannya itu, Aniq memaklumkan bahawa dia terpaksa berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti berat yang melibatkan kaki untuk sementara waktu.
“Untuk sementara ini, nampaknya memang kena rehat. Tiada sebarang aktiviti berat untuk kaki buat masa ini. Doakan cepat sembuh.”-tulis Aniq lagi
Sama-sama kita doakan agar Aniq Suhai diberikan kesembuhan dengan cepat..Apa komen anda?

17 hours ago
8





![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)

























![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)



![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)







![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



