Baru-baru ini, sebuah podcast tular di YouTube, Legacy Podcast, menjadi perhatian ramai selepas Uji Rashid berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa nama besar industri muzik tanah air, termasuk Tan Sri Ahmad Nawab (TSAN). Dalam podcast itu, Uji ada menyebut bahawa arwah TSAN pernah menulis bahawa dia “tidak mengenang budi”. Kenyataan itu seolah mendedahkan hubungan dingin antara mereka, sekali gus menimbulkan rasa kecewa di kalangan waris arwah.

Nasir Khan, anak TSAN, tidak menahan rasa hati dan menulis panjang di laman Facebooknya:
“Assalamualaikum wbt. Maaf, tergerak hati nak join komen di sini. Saya Nasir TSAN mewakili waris-waris arwah. Kami yang tahu cerita dari mula, bagaimana arwah TSAN offer Uji ni jadi penyanyi dan bagaimana kesudahannya.”

Menurut Nasir, bakat Uji Rashid sebenarnya diperhati oleh arwah TSAN selepas melihatnya bersama Dato’ Fauziah Nawi menyertai pertandingan di TV RTM. TSAN terpikat dengan bakat Uji dan menjemputnya ke studio. Namun, perjalanan itu tidak semudah yang disangka.
“Waktu dalam studio, arwah mengadakan latihan dengan Uji. Bila terlalu lama mengajar, nada suara arwah TSAN berubah, terus Uji menangis. Kebetulan masuk Pengurus Besar EMI, Mrs Devan, nak tengok artis baru, tapi nampak Uji tengah menangis. Mrs Devan terus reject Uji, suruh batalkan pengambilan dia sebagai artis EMI. Arwah TSAN berasa simpati, sanggup menjadi penjamin dengan memotong gaji sendiri untuk bayar studio dan kos lain. Akhirnya, rakaman diteruskan dan album berjaya diterbitkan.”
Nasir menegaskan bahawa jasa TSAN kepada Uji sangat besar. Namun, menurut beliau, sikap Uji kini seolah tidak menghargai pengorbanan arwah.
“Beliau sepatutnya bersyukur. Masa arwah hidup, kenapa tak datang? Arwah kan guru awak? Banyak lagi yang nak kami ceritakan tapi biarlah dulu. Sebelum arwah meninggal, arwah masih sebut pasal perangai Uji dan kami ada rakaman audio penuh. Masa arwah meninggal, Uji ni bukan datang nak bacakan yasin, tapi sibuk bercerita… antara ayat arwah, Uji ni ‘UNGRATEFUL’. Semoga Allah terima segala kebaikan arwah Tan Sri Ahmad Nawab. Al-Fatihah.”

Kisah ini jelas menunjukkan bahawa di sebalik populariti seorang artis, ada guru dan insan di belakang tabir yang telah mencurahkan tenaga, masa, dan pengorbanan yang besar. Penghargaan dan rasa syukur sering kali menjadi elemen penting yang kadang terlupa apabila kejayaan diraih.

1 day ago
11



![[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/613029917_1483872767074771_523432032826142430_n-e1769062558588.webp)






























![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)







