Usaha memupuk budaya menabung kini bermula seawal usia sekolah rendah apabila Bank Rakyat memperkenalkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids khusus untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Pendekatan itu diperkukuh menerusi penganjuran Program NURI Seronok ke Sekolah, yang menyaksikan hampir 1,000 murid Tahun Satu di beberapa sekolah kebangsaan sekitar ibu kota, Selangor, Johor dan Pulau Pinang disambut oleh maskot Nuri Bank Rakyat, sekali gus menceriakan hari pertama sesi persekolahan 2026.
@najlabankrakyatsuka adik-adik pergi sekolah tengok burung nuri dan dpt rotii!! 📚🥰 #backtoschool #fyp #bankrakyat #bankrakyatlipis #4u
♬ original sound – RIØT.KĪDZ_光 – RIØT.KĪDZ_光
Minimum RM20, Didik Anak Kenal Dunia Kewangan
Menurut Bank Rakyat, pengenalan Akaun Simpanan-i Nuri Kids adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam memupuk kesedaran serta literasi kewangan sejak usia muda, menerusi pendekatan yang mesra, interaktif dan menyeronokkan.
“Akaun Simpanan-i Nuri Kids diperkenalkan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan minimum deposit serendah RM20 sebagai langkah memupuk budaya menabung sejak usia muda.”
“Pembukaan akaun kini lebih mudah dan pantas melalui platform digital Bank Rakyat Quick (BRICK),” katanya dalam kenyataan.
Via laman web rasmi Bank RakyatSecara tidak langsung, inisiatif ini membuka ruang kepada kanak-kanak untuk mengenali konsep asas pengurusan wang sejak awal, dengan bimbingan ibu bapa atau penjaga.
Belajar Menabung Di Luar Bilik Darjah
Selain menceriakan suasana sekolah dan memberi semangat kepada murid Tahun Satu, Bank Rakyat memaklumkan program ini turut mendedahkan pelajar kepada pengalaman kewangan sebenar melangkaui pembelajaran di bilik darjah.
“Pada masa sama, murid turut diperkenalkan kepada konsep asas menabung dan perbelanjaan berhemah secara santai serta bersesuaian dengan usia mereka,” katanya.
Antara sekolah yang terlibat termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Saujana dan Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas di Kuala Lumpur; Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Mak Mandin, Pulau Pinang; Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang, Selangor, serta beberapa sekolah di Johor.
Murai rasa bila akaun simpanan diperkenalkan seawal usia 12 tahun, ditambah pula dengan pendekatan mesra kanak-kanak, ini antara langkah kecil yang boleh beri impak besar pada masa depan. Didik dari awal, hasilnya nanti pun lain macam.

1 month ago
75








![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)
























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)




![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)