Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meluahkan rasa kesal terhadap sikap salah seorang warganet di media sosial selepas dia berkongsi impian untuk melihat anak perempuannya, Marissa Dania mempunyai majlis sandingnya sendiri.
“Anak kau penyondol dan tak ada hak langsung! Akta orang ketiga pun wujud, apa yang kau fikir anak kau ‘ada’ hak? Gila. Kenapa zaman Memey sondol laki kau, kau meroyan sampai hampir nak gila? Kenapa tak raikan je?.
Kan ada hak? Memey tu penyondol jugak, sebijik anak kau, jadi Memey pun berhak la untuk diraikan, jadi kenapa masa tu kau tak ‘raikan’ dia? Kenapa sampai keluar Melodi bagai”-tulis seorang warganet di Threads
“Belajar Jaga Mulut Tu..”
Tidak berdiam diri, Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Thread, menjelaskan bahawa dia hanya berangan untuk masa-masa yang akan datang jika diizinkan Allah SWT selain berpendapat anaknya itu masih muda dan mempunyai perjalanan yang masih jauh.
Malah, Abby turut meminta warganet terlibat untuk menjaga diri serta belajar untuk menjaga mulut daripada menulis komen sedemikian.
“Apa lah yang sakit hati sangat dengan Abby Abadi ni? Saya ada kacau duit pencen awak ke? Jagalah diri tu baik-baik ye. Belajar jaga mulut tu. Sebab saya dan anak saya tak terkait pun dengan kehidupan awak.
Awak salah faham ni. Malu sikit tulis macam ni. Saya tak maksudkan nak raikan anak saya sekarang. Saya cuma berangan untuk masa-masa akan datang. Kalau ada kesempatan, kalau Allah izinkan. Anak saya baru umur 20 tahun umur dia. Jauh lagi perjalanan dia. Doakan yang baik-baik tak boleh ke?-bidas Abby Abadi di Threads

Sekadar info, Marissa Dania merupakan isteri kedua kepada Aslam selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Aslam sebelum itu mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.
Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum membuat keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, Umisya dan Aslam dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Hud, Nuh, dan bayi perempuan yang lahir pada 17 Februari lalu.

5 hours ago
8









![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)




















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)








![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
