Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan gaya hidup bandar yang serba pantas dan kos sara hidup yang tinggi.
Namun hakikatnya, ibu kota ini masih menawarkan pelbagai pilihan aktiviti ringkas dan berpatutan untk pasangann yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama.
Temu janji tidak semestinya berkisar tentang makan malam mewah atau hadiah mahal, sebaliknya pengalaman yang dikongsi bersama itulah yang membentuk kenangan bermakna.
Berikut lima idea temu janji bajet rendah di Kuala Lumpur yang bukan sahaja menjmatkan, malah sesuai untuk pasangan yang mahu menikmati masa bersama tanpa tekanan perbelanjaan.
Suasana Tenang Di Perdana Botanical Gardens
via Instagram /smash_ehPerdana Botanical Gardens kekal sebagai antara lokasi hijau paling ikonik di Kuala Lumpur. Dengann suasana alam yang mendamaikan, taman ini sesuai untuk pasangan yang inginkan ketenangan jauh daripada kesibukan kota.
Aktiviti seperti membaca buku, berkelah atau sekadar berjalan santai sudah memadai untuk mengisi masa bersama.
Kemasukan ke kawasan utama taman adalah percuma, menajdikannya pilihan ideal untuk temu janji bajet rendah.
Hanya beberapa tarikan khas di dalam taman mengenakan bayaran dengan kadar mininum RM1, namun kebanyakan pengunjung boleh menikmati kawasan hijau ini tanpa sebarang kos.
Nikmati Persembahan Orkestra Kuala Lumpur Secara Percuma
via Instagram /orkestrakualalummpurBagi pasangan yang menggemari seni dan muzik, persembahan Orkestra Kuala Lumpur menawarkan pengalaman berkelas tanpa perlu membeli tiket mahal dianjurkan oleh auditorium Menara DBKL.
Orkestra ini sering mengadakan konsert terbuka kepada orang ramai pada setiap bulan sebagai sebahagian daripada usaha memperkaya budaya.
Persembahan yang dibawa merangkumi pelbagai genre dan sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan perancangan awal dan sedikit usaha mengikuti jadual persembahan, setiap pasangan boleh menikmati temu janji yang elegan tanpa sebarang bayaran masuk.
Lepaskan Stress Di Baseball Cage, MyTOWN
via Instagram /baseballcagemytownUntuk pasangan yang gemarkan aktiviti fizikal dan suasana yang lebih santai, Baseball Cage di MyTOWN Shopping Centre boleh menjadi pilihan menarik.
Aktiviti ini membolehkan pengunjung mencuba kemahiran memukul bola dalam ruang tertutup yang selamat dan menyeronokkan.
Dengan harga sekitar RM6 hingga RM8 bagi satu sesi, aktiviti ini tergolong dalam kategori mampu milik dan sesuai untuk mencuba sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan. Selain menyeronokkan, ia turut menjadi sebuah aktiviti unik untuk mengeratkan hubungan.
Cuba Nasib Bersama Di Space Panda
via Instagram /jhstudio887Permainan claw machine kembali menjadi trend, dan Space Panda antara lokasi yang menawarkan pengalaman ini pada harga yang sangat berpatutan. Dengan token bermula sekitar RM1, pasangan bebas menentukan bajet masing-masing.
Selain keseronokan mencuba nasib, hadiah berupa snek dan minuman menjadikan aktiviti ini lebih menarik. Walaupun simple, pengalaman bermain bersama sering mencetuskan detik spontan yang menceriakan suasana temu janji.
Bersantai Di TRX City Park
via Instagram /hazwanhfizTRX City Park menawarkan ruang hijau moden di tengah pembangunan bandar yang pesat. Terletak di aras bumbung The Exchange TRX, taman ini dibuka secara percuma kepada orang ramai dan sesuai untuk aktiviti santai bersama pasangan.
Dengan laluan pejalan kaki, tempat duduk awam dan instalasi seni, pasangan boleh menikmati suasana tenang sambil berbual atau mengambil gambar kenangan. Ia membuktikan bahawa lokasi premium tidak semestinya hadir dengan kos tinggi.
Pada akhirnya, nilai sesebuah temu janji bukan diukur melalui jumlah wang yang dibelanjakan, tetapi melalui kualiti masa yang dikongsi bersama. Lima idea ini membuktikan bahawa di Kuala Lumpur, romantik masih boleh diraikan secara sederhana, berpatutan dan penuh makna tanpa perlu risau soal bajet

13 hours ago
9








![[VIDEO] Senyap Tak Sebut ‘Merry Christmas’, Netizen Puji Sabronzo- “Sebab Dia Masih Sedar Agama Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-12.webp)





















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)








![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)



![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)
![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)
