Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia lakonan. Tapi minggu ini, nama beliau trending bukan sebab drama terbaru… sebaliknya kerana isu dakwaan pengelakan cukai yang sedang hangat diperkatakan di Korea Selatan.
MURAI selak satu per satu laporan dari media Korea dan jujurnya, kes ini memang bukan sembarangan. Ada banyak sudut yang buat orang ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di balik tabir kerjaya seorang superstar.
Untuk mudahkan pembaca, ini 5 fakta paling penting dalam isu Cha Eun-woo yang kini jadi topik seluruh industri hiburan.
Siasatan Sudah Bermula Sejak 2025, Jumlah Cukai Cecah 20 Bilion Won
Menurut laporan eksklusif Edaily, Pejabat Cukai Wilayah Seoul mula menyiasat Eun-woo sejak 2025. Hasil siasatan membawa kepada notis cukai yang mendakwa beliau mungkin perlu membayar lebih 20 bilion won (sekitar RM55 juta). Jumlah tu… memang cukup untuk beli satu bangunan terus.

Syarikat Ditubuhkan Ibu
Dikatakan bahawa ibu Eun-woo, Ms Choi, menubuhkan sebuah syarikat bagi menguruskan kontrak dengan agensinya, Fantagio. Namun, Perkhidmatan Cukai Negara (NTS) percaya syarikat itu tidak menjalankan operasi sebenar sekadar struktur untuk menikmati kadar cukai korporat 20%, jauh lebih rendah daripada cukai pendapatan 45%. Inilah yang membuatkan siasatan jadi semakin serius.

Alamat Syarikat Di Lokasi ‘Janggal’ Untuk Artis Besar
Syarikat itu berdaftar di Ganghwa Island, Incheon, sebuah kawasan yang langsung tidak sinonim dengan dunia hiburan. Menurut sumber industri, ini antara red flag besar bagi pihak berkuasa seolah-olah syarikat itu hanya wujud di atas kertas, bukan dalam realiti. MURAI pun bila dengar, terus angkat kening.

Eun-woo & Ibu Dipanggil Siasatan, Keuntungan Didakwa Masuk Semula Kepadanya
NTS memanggil Eun-woo dan ibunya secara berasingan untuk disoal siasat. Hasilnya, pihak berkuasa mendakwa keuntungan syarikat itu akhirnya kembali kepada Eun-woo, menjadikan jumlah cukai yang dikatakan dielakkan lebih 20 bilion won. Menariknya, Eun-woo dilaporkan meminta notis audit ditangguhkan sehingga selesai latihan ketenteraan dan NTS akur permintaannya.

Fantagio Tegaskan Tiada Keputusan Muktamad, Eun-woo Janji Bekerjasama
Fantagio segera mengeluarkan kenyataan rasmi, menjelaskan bahawa isu ini belum ada keputusan muktamad. Mereka berkata ia bergantung kepada tafsiran undang-undang tentang syarikat yang ditubuhkan ibunya.
Mereka juga menegaskan bahawa Eun-woo serta pasukan cukainya akan beri kerjasama penuh untuk selesaikan perkara ini, dan Eun-woo berjanji untuk terus mematuhi undang-undang sebagai rakyat.
Buat masa ini, isu ini masih dalam proses semakan. Tiada keputusan bersalah atau tidak semuanya bergantung kepada penilaian pihak cukai dan semakan semula yang diminta oleh wakil Eun-woo.
Apa pun, bila nama besar seperti Cha Eun-woo terpalit dalam isu berat seperti ini, satu Korea memang terus memerhati. MURAI juga akan terus ikuti perkembangan rapat-rapat kalau ada update panas, anda orang pertama yang MURAI beritahu.

2 days ago
12















![[VIDEO] Gelagat Fadhlina Sidek Fasih Bercakap Bahasa Arab Buat Ramai Terkejut](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/613029917_1483872767074771_523432032826142430_n-e1769062558588.webp)



















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)








