Kalau dulu ramai rakyat Malaysia memilih Thailand, Indonesia atau Jepun sebagai destinasi percutian, nampaknya Vietnam kini semakin serius mahu mencuri perhatian pelancong Muslim. Bukan sekadar menawarkan pemandangan cantik dan makanan sedap, tetapi juga pengalaman perjalanan yang lebih selesa.
Terbaharu, Vietjet memperkenalkan Vietnam Halal Connect, satu inisiatif yang dilihat mampu menjadikan Vietnam lebih mesra Muslim, khususnya buat pelancong dari Malaysia.
Bukan Sekadar Naik Kapal Terbang
Inisiatif yang diumumkan ketika Vietnam Halal Tourism Conference 2026 itu bukan hanya melibatkan syarikat penerbangan semata-mata. Sebaliknya, ia menghimpunkan lapangan terbang, pemain industri pelancongan, badan pensijilan halal dan rakan teknologi bagi membina ekosistem pelancongan halal yang lebih lengkap.
Apa yang menarik, Vietjet turut merancang untuk menambah pilihan hidangan halal, memperkemaskan penyelesaian perjalanan digital serta memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak supaya pelancong Muslim lebih yakin untuk melancong ke Vietnam.
Menurut Pengarah Komersial Vietjet, Ha Nang Viet, syarikat itu melihat potensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim melalui hubungan penerbangan yang lebih baik dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan mereka.
Malaysia Antara Pasaran Penting
MURAI melihat langkah ini memang ‘timing’ yang tepat. Sekarang ini ramai pelancong Malaysia bukan sahaja mencari destinasi yang cantik untuk bergambar, tetapi turut mengambil kira kemudahan seperti makanan halal, surau dan pengalaman yang lebih mesra Muslim.
Malaysia sendiri merupakan antara pasaran utama Vietjet dengan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City dan Hanoi. Jadi, kalau inisiatif ini benar-benar menjadi kenyataan, urusan bercuti ke Vietnam selepas ini dijangka lebih smooth dan stress-free.
Berdasarkan statistik yang dikongsikan, Vietnam menerima lebih 21 juta pelancong antarabangsa pada 2025, termasuk sekitar 600,000 pelancong Muslim. Dengan usaha seperti Vietnam Halal Connect, MURAI percaya angka itu berpotensi meningkat dan Vietnam mungkin menjadi destinasi yang bakal ‘naik’ dalam senarai percutian pilihan rakyat Malaysia.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

2 months ago
105





![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

