[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”

2 hours ago 3

Mengejutkan, pelakon Zara Zya tampil membuat pendedahan mengenai ‘dark side’ (sisi gelap) industri hiburan yang tidak diketahui ramai.

Menerusi temu bualnya bersama NONA, Zara berkongsi beberapa situasi, berdepan dengan individu dalam industri hiburan yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Menurutnya, sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan, dia sering berdepan dengan pelbagai cabaran ketika menghadiri sesi uji bakat. Cabaran tersebut termasuklah beberapa pihak tertentu yang mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya.

“Awal-awal dulu bila pergi casting, kadang-kadang saya pergi sendiri. Kalau bawa Mama, saya kena reject. Mereka ingat saya pergi shooting bawa Mama. Kenapa? Sebab niat mereka tak elok. Kalau saya bawa Mama, macam mana mereka nak buat benda bukan-bukan pada saya.”

Foto – @lovezarazya (FB)

Kongsinya lagi, dia pernah diajak ke pusat karaoke untuk berbincang tawaran kerja dan skrip lakonan. Namun situasi itu berubah menjadi sebaliknya apabila individu berkenaan memintanya untuk membuka baju.

“Mula-mula kata nak bincang pasal kerja, skrip pun sudah ada. Bila ajak pergi karaoke, saya pergi sebab terlalu percayakan orang. Tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju.  Saya cari alasan untuk keluar dari situ dan tak kembali. Dia cuba cari saya, tetapi saya terus block nombor.”

Walau bagaimanapun, ramai yang terkejut apabila Zara mendakwa rakan selebriti membawanya ke sebuah hotel atas alasan menghadiri majlis. Namun, Zara terkejut apabila mendapati beberapa individu kenamaan menunggu di lokasi tersebut.

“Saya ingatkan sekadar makan-makan biasa, rupanya memang ada lelaki VVIP yang menunggu untuk masuk bilik. Saya tak mahu tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Lama juga saya cuba lepaskan diri. Situasi itu memang menakutkan.”

Menjengah ke ruangan komen, di mana video pendek itu dimuat naik di Threads, rata-rata warganet bersetuju dan mengakui bahawa situasi tersebut adalah realiti sebenar dalam industri hiburan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |