[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!

4 hours ago 3

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel oleh kerana Aaisyah salah susunan ketika membasuh pinggan dan cawan selepas dimakan. Che Ta menjelaskan bahawa perlu membasuh cawan terlebih dahulu kerana tidak terdapat kotoran yang berat pada cawan.

@rozitachewan1

Tengah basuh pinggan pun rasa tenang… walau pun telinga tgh pedih kena beletiaq dgn mak😜Kaftan ni memang terapi kecil harian sb kain dia lembut dan sejuk ja , terus hati aaisyah pun sejuk walau mulut mak dia mcm kluaq api🔥 . #kaftancheta #rcw #rozitachewan #aaisyahdhiarana #cheta

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa bebelan Che Ta itu bukan sahaja untuk anak akan tetapi untuk bakal menantu juga.

“bakal menantu kena ingat ni siap siap”

“hahahah betul tu, mak aku pun ajor aku suruh basuh cawan dulu baru basuh pinggan”

“saya setuju dengan che ta, sebab kami pun gitu heheheh”

“weyy saya siap asingkan span pinggan dan cawan hahahha”

“baguih che ta ajar anak buat kerja rumah, tambah pula anak perempuan kan”

“aku dari budak sampai tua aku bantai je basuh jer apa yang aku capai hahaha”

Info tambahan, Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |