Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

1 hour ago 2

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA | JAECOO Malaysia sudah memasuki fasa terakhir persiapan, lengkap dengan perancangan rapi serta tawaran yang cukup menggoda untuk bakal pelanggan.

Apa yang paling mencuri perhatian sudah tentu pengumuman anggaran harga RM110,000 bagi model tersebut. Dalam masa yang sama, jenama ini turut memperkenalkan Pakej Super Early Bird bernilai RM8,888 khusus buat mereka yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi bulan hadapan.

MURAI dimaklumkan bahawa ketika ini, komuniti pemilik OMODA | JAECOO di Malaysia telah melebihi 25,000 orang. Selari dengan pertumbuhan itu, rangkaian jualan dan perkhidmatan turut diperkukuh.

Selepas berkembang kepada 50 pengedar sah pada tahun 2025, jenama ini merancang untuk menambah sehingga 65 lokasi di seluruh negara menjelang 2026. Langkah tersebut penting bagi memastikan pengalaman jualan premium serta sokongan selepas jualan kekal mudah diakses di kawasan utama.

Ganjaran eksklusif pelanggan terawal

Bagi meraikan pelancaran yang semakin hampir serta musim perayaan, beberapa insentif terhad ditawarkan.

Untuk pembeli JAECOO J5, ganjaran yang menanti termasuk:

  • Insurans tahun pertama bernilai RM3,000
  • Trio aksesori eksklusif bernilai RM2,000
  • Rebat “angpow” Tahun Baru Cina sebanyak RM3,888

Menjadikan jumlah keseluruhan manfaat mencecah RM8,888.

Sementara itu bagi OMODA C9 PHEV, pelanggan akan menerima:

  • Rebat angpow RM3,888
  • Kabel penyambung V2L percuma bernilai RM730
  • Dengan jumlah keseluruhan RM4,618.

Trio aksesori lengkap gaya Urban Explorer

Selaras dengan kedudukan J5 sebagai sebuah kenderaan yang sesuai untuk pengembaraan bandar dan rutin harian, trio aksesori percuma ini direka untuk memenuhi gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Antaranya termasuk subwufer kereta bagi pengalaman audio lebih imersif, mikrofon karaoke tanpa wayar yang menjadikan kenderaan sebagai pusat hiburan bergerak, serta lampu suluh pelbagai fungsi yang berguna untuk aktiviti luar atau situasi kecemasan pada waktu malam.

Lebih banyak model bakal menyusul

Pelancaran JAECOO J5 dengan anggaran harga RM110,000 serta OMODA C9 PHEV pada sekitar RM220,000 hanyalah permulaan kepada pelan besar jenama untuk tahun ini.

OMODA | JAECOO Malaysia memberi bayangan bahawa separuh kedua 2026 akan menyaksikan pengenalan model baharu pada suku ketiga dan keempat. Walaupun butiran masih dirahsiakan, ia dijangka memperluas lagi penawaran dalam segmen SUV premium dan kenderaan elektrik.

Menurut Chris Tan, minat terhadap J5 setakat ini sangat memberangsangkan. Namun fokus utama bukan sekadar memperkenalkan produk, sebaliknya membina ekosistem kukuh termasuk pengembangan rangkaian pengedar ke 65 lokasi di seluruh negara.

Pandu uji sudah dibuka

Bagi mereka yang tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan, pandu uji rasmi JAECOO J5 kini boleh dilakukan di pengedar sah terpilih. Kempen jualan Tahun Baru Cina bagi semua model sedia ada pula berlangsung sehingga 28 Februari 2026.

Pada pandangan MURAI, kombinasi harga kompetitif, ganjaran awal yang besar serta pelan pengembangan agresif menjadikan jenama ini antara yang wajar diperhatikan tahun ini.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |