Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka.
Menerusi perkongsian yang dibuatnya di Instagram Stories, Nabila dilihat berpelukan dengan jejaka berjambang dan tinggi lampai semasa menghadiri majlis perkahwinan.
Foto – @noornabila (IG)Gambar yang dikongsi itu secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai identiti jejaka tersebut, apabila ramai yang memetik nama penyanyi kontroversi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz.
Mana taknya, dengan bentuk fizikal jejaka itu, berbadan tinggi dan berjambang, ramai yang anggap itu adalah Aliff Aziz. Tak dinafikan ramai sebenarnya yang risau jika jejaka itu sebenarnya penyanyi SIngapura tersebut.
Foto – @noornabila (IG)Walau bagaimanapun, Nabila memuat naik gambar terbarunya di Instagram Stories, menegaskan hantarannya itu bertujuan untuk menghentikan sebarang spekulasi mengenai identiti kekasih barunya.
“Hantaran ini bertujuan untuk hentikan fitnah-fitnah netizen.”
Foto – @noornabila (IG)Penjelasan ringkas dan padat daripada usahawa tersebut, sedikit sebanyak membuatkan ramai yang menarik nafas lega dan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar jodohnya dipanjangkan.
“Hahaha. Jangan AA (Aliff Aziz) please. Yang lain nurtizen approve.
Untuk rekod, Noor Nabila pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 dan ahli perniagaan Engku Emran pada tahun 2001. Hasil perkahwinannya dengan Sharnaaz, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden.
Agak-agak kamu, siapakah jejaka tinggi lampai dan berjambang tersebut? Cuba kongsikan dengan MURAI!

1 month ago
54












![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
