Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila menggesa orang ramai supaya berani melaporkan kesalahan lalu lintas kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menerusi satu hantaran di Threads, Zhiddin menyeru masyarakat supaya memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan merakam serta melaporkan kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.
“Tolonglah normalkan diri jadi anjing JPJ. Kita laporkan kesalahan yang berlaku di jalan raya, kena ambil gambar sebagai bukti. Pakai dashcam lagi bagus.
“Kita hantar laporan melalui aplikasi JPJ. Sampai masa nanti, surat saman akan sampai ke rumah mereka. Kita bantu JPJ heret mereka ke mahkamah,” tulisnya.
Istilah ‘Anjing’ Jadi Perhatian
Bagaimanapun, penggunaan perkataan “anjing” dalam hantaran tersebut mengundang reaksi pelbagai pihak, dengan ada yang berpendapat istilah itu kurang sesuai digunakan dalam konteks berkenaan.
Menjawab teguran tersebut, Zhiddin tampil menjelaskan bahawa penggunaan perkataan itu bukan merujuk kepada haiwan secara literal, sebaliknya mempunyai konotasi tertentu dalam penggunaan bahasa Melayu.
Menurutnya, dalam sesetengah keadaan, panggilan “anjing” digunakan bagi menggambarkan seseorang yang bertindak sebagai alat atau individu yang menurut arahan pihak tertentu.
Beri Contoh Dalam Peribahasa Melayu
Dalam masa sama, Zhiddin turut menjelaskan bahawa perkataan “anjing” bukan sesuatu yang asing dalam khazanah bahasa Melayu kerana terdapat beberapa peribahasa yang menggunakan istilah tersebut.
Beliau memberi contoh peribahasa “saudara anjing” yang membawa maksud individu yang mempunyai ibu yang sama tetapi berlainan bapa.
Perkongsian Zhiddin itu terus menjadi perhatian warga maya, dengan sebahagian menyokong gesaannya untuk lebih ramai pengguna jalan raya membantu melaporkan kesalahan trafik, manakala sebahagian lagi berpendapat mesej yang ingin disampaikan mungkin lebih mudah diterima jika menggunakan istilah yang kurang kontroversi.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

18 hours ago
6









































![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)
