Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sekali tampil membuat penjelasan mengenai polisi operasi restorannya, Rembayung. Menerusi hantarannya di platform Threads, Khairul Aming, atau lebih mesra disapa sebagai KA, menjelaskan sebab restorannya menggunakan sistem tempahan awal (reservation) berbanding konsep ‘walk-in’.
Jelas KA, sistem tempahan awal diperkenalkan di restoran Rembayung kerana mahu menyenangkan setiap pelanggannya. Bagi memberikan pengalaman menjamu selera yag lebih teratur dan selesa, KA akui sistem ini lebih sesuai untuk restorannya.
“Dengan reservation, customer turun kereta and terus masuk ke kedai. Tak perlu beratur and meja dijamin ada untuk customers. Kita nak utamakan keselesaan customers.”
Manakala jika gunakan konsep ‘walk-in’, pelanggan Rembayung terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk dan membuat pesanan makanan. Malah situasi ini berkemungkinan besar boleh menimbulkan rasa ketidak puasan hati pelanggan yang hadir, dan juga menganggu kenteraman penduduk setempat.
“The reason saya tak buat walk-in Rembayung sebab lokasi berbeza. Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dalam panas. Orang tua akan penat, anak kecik akan menangis, nak guna toilet susah, nak solat susah, belum campur isu parking dan traffic yang akan ganggu peniaga dan penduduk sekeliling.”
Untuk makluman semua, penjelasan Khairul Aming ini dibuat selepas seorang individu tampil memberi cadangan untuk melaksanakan konsep ‘walk-in’. Menurut individu tersebut, sesetengah restoran lain mengamalkan konsep ini dan pelanggan masih sanggup beratur untuk menikmati makanan restoran tersebut.
Apa pendapat kamu?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 months ago
148




![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

