Pelakon, Fezrul Khan, mencetuskan perhatian di threads selepas memberikan kenyataan berbaur sindiran terhadap personaliti kecergasan, Tareq Fit, menerusi satu hantaran yang kini tular.
Dalam kenyataan tersebut, Fezrul dilihat mempersoalkan penampilan fizikal Tareq sambil menyentuh penggunaan sudut kamera yang didakwa boleh mempengaruhi persepsi saiz badan seseorang.
“Barang order barang sampai. Comel saja awak, Tareq. Testosteron makin rendah ke semakin mengecut. Rupanya pandai bermain dengan angle kamera supaya nampak besar. Patut pakai jubah dan low angle saja kamera, cuba lagi,” tulisnya.
Kenyataan itu pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang menganggap ia sekadar gurauan, namun tidak kurang juga yang melihatnya sebagai sindiran peribadi yang kurang sesuai ditujukan kepada individu awam.
Malah, ruangan komen turut dibanjiri pelbagai respons netizen yang mempertahankan Tareq Fit. Antaranya, seorang pengguna menulis bahawa penilaian seseorang tidak seharusnya hanya berdasarkan fizikal semata-mata.
“Biar body rendah tapi tinggi taqwa, daripada badan tinggi-tinggi tapi iman lagi rendah dari buku lali. Taqwa pun entah ke mana-mana,” tulis seorang netizen.
Setakat ini, Tareq belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung perkara tersebut.
Isu berkenaan turut membuka perbincangan dalam kalangan netizen mengenai batasan gurauan di media sosial, khususnya apabila melibatkan penampilan fizikal seseorang serta etika dalam kalangan figura awam.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 months ago
151





![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

