Kalau sebut redBus, mesti ramai terus terbayang platform tempahan tiket bas. Tapi kali ini, redBus tampil dengan misi yang lebih besar apabila bekerjasama dengan Tourism Terengganu menerusi Inisiatif Pendigitalan Pelancongan Terengganu.
MURAI rasa ini satu langkah yang cukup smart sebab ia bukan sahaja memudahkan pelancong, malah membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha pelancongan tempatan untuk berkembang dalam dunia digital.
Tarikan Terengganu Kini Lebih Mudah Diakses Dengan redBus
Menerusi kerjasama ini, pelbagai tarikan pelancongan, aktiviti menarik, pengusaha komuniti dan PKS tempatan akan dibawa ke platform “Things to Do” redBus.
Lebih menarik, penyertaan ke platform ini adalah 100% percuma. Pengusaha akan menerima kemudahan seperti sistem e-tiket, pengurusan inventori, penyenaraian produk dan sokongan teknikal tanpa perlu mengeluarkan kos permulaan.
Bagi MURAI, inilah peluang terbaik untuk perniagaan tempatan upgrade cara mereka beroperasi. Zaman sekarang, ramai pelancong lebih gemar mencari dan menempah aktiviti secara online. Jadi memang kena move seiring dengan perubahan.
Terengganu Bersedia Sambut Lebih Ramai Pelancong
Langkah ini juga hadir pada masa yang tepat apabila Terengganu merekodkan 2.45 juta ketibaan pelancong pada suku pertama 2026. Dengan sasaran Visit Malaysia 2026 dan Visit Terengganu 2027, negeri ini dilihat semakin bersedia untuk menarik lebih ramai pelawat.
Selain membantu promosi destinasi, kerjasama ini turut memberi peluang kepada pengusaha tempatan menikmati capaian pasaran global, sokongan pemasaran serta analisis prestasi bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pendigitalan seperti ini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Apabila lebih ramai pengusaha tempatan berjaya menembusi platform digital, manfaatnya bukan sahaja kepada industri pelancongan, malah turut merancakkan ekonomi komuniti setempat.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

1 month ago
111





![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

