Satu video yang tular di Threads baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi apabila memaparkan seorang anggota polis dipercayai menampar seorang warga emas yang sedang tidur di dalam longkang.
Menerusi rakaman berdurasi beberapa saat itu, warga emas berkenaan dilihat sedang berbaring sebelum didatangi anggota polis yang lengkap beruniform. Namun, tindakan anggota tersebut yang dilihat menampar lelaki itu bagi mengejutkannya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
“Kejut Elok-Elok Sudah Memadai”- Netizen Selar Anggota Polis
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaan warga emas itu. Ramai berpendapat tindakan mengejutkannya boleh dilakukan dengan lebih berhemah tanpa menggunakan kekerasan.
Antara komen yang mencuri perhatian berbunyi, “Tak kisahlah pangkat apa pun, janganlah buat orang lain sampai macam tu.”
Seorang lagi pengguna pula menulis, “Tak perlu tampar, mungkin hanya kejutkan sahaja.”
Tidak kurang juga yang menyuarakan rasa kecewa kerana beranggapan imej seorang anggota penguat kuasa sepatutnya mencerminkan sifat profesional dan berperikemanusiaan.
“Pakaian dah segak, uniform dah kemas, tapi sayang… cara layan manusia yang lemah langsung tak ada kelas. Kejut elok-elok sudah la. Panggil atau kejut dari jarak selamat, tak perlu sampai nak naik tangan. Lencana kat dada tu tanda pelindung masyarakat, tugas polis ke tugas samseng jalanan?” tulis seorang pengguna.
Setakat ini, belum dapat dipastikan lokasi kejadian mahupun sama ada pihak berkuasa telah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video tular tersebut.
Bagi MURAI, apa juga situasinya, layanan terhadap golongan warga emas dan individu yang berada dalam keadaan lemah seharusnya dilakukan dengan penuh ihsan dan profesionalisme. Dalam era media sosial, setiap tindakan yang dirakam pasti menjadi perhatian, sekali gus mengingatkan semua pihak tentang pentingnya menjaga adab ketika menjalankan tugas. Boleh video di sini.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

13 hours ago
1




![[VIDEO] Rakyat Turun Beri Sokongan, Syed Saddiq Luah Rasa Terharu- “Anda Menggerakkan Perjalanan Ini”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-1-9.webp)











![[REVIEW] Jangan Buang Ibu: Kalau Tak Kuat Emosi Jangan Tengok Sebab…](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/MURAI-Feature-Image-2026-25.webp)


































