Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin tampil berkongsi pandangan di THREADS mengenai perkahwinan dan hubungan toksik selepas melihat sendiri pengalaman individu terdekat yang berdepan pasangan bersikap narsisistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD).
Menurut Syifa, bukan semua perkahwinan membawa kebahagiaan seperti yang disangka. Malah katanya, seseorang wanita boleh melalui kehidupan yang cukup menyedihkan apabila tersilap memilih pasangan hidup.
Dalam perkongsiannya, Syifa meluahkan rasa simpati terhadap wanita yang berdepan pasangan toksik, lebih-lebih lagi apabila keluarga mentua sendiri sedar akan sikap buruk lelaki tersebut namun masih menyalahkan pihak wanita apabila berlaku sesuatu masalah.
Katanya lagi, dia sering menasihati rakan-rakan yang masih bujang supaya tidak terlalu tertekan memikirkan soal jodoh atau perkahwinan.
“Perempuan sebenarnya sangat sedih nasibnya kalau mendapat pasangan hidup yang salah. Semua pasangan memang tak sempurna, tetapi paling malang bila dapat pasangan yang mempunyai sifat NPD. Lagi menyedihkan apabila keluarga mentua sedar dengan perangai pasangan itu, namun setiap perkara buruk yang berlaku tetap menyalahkan si perempuan.”
Syifa turut berkata:
“Aku selalu pesan dekat kawan-kawan yang masih single dan belum berkahwin, tak perlu terlalu sedih kalau belum bertemu jodoh. Nikmati saja kehidupan sekarang, sebab lebih sedih bila dapat pasangan yang salah. Perkahwinan ini sebenarnya seperti mempertaruhkan nasib sendiri, lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju bahawa memilih pasangan hidup bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Ramai juga meninggalkan komen meluahkan pengalaman masing-masing berkaitan hubungan toksik dan tekanan rumah tangga.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

3 months ago
157






![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

