Syatilla Melvin Tampil Pertahan Syida- “Dia Tahu Kakak-Kakak Dia Akan Fight..”

11 hours ago 7

Pelakon dan usahawan, Syatilla tampil bersuara selepas adiknya yang juga pelakon, Syifa membuat pendedahan mengenai suaminya, Syafiq Shaheen yang bersikap zalim selain gagal melangsai hutang syarikat mereka bersama.

”Dia Tahu Kakak-Kakak Dia Akan Fight..”

Syatilla menerusi hantaran di Instagram, menegaskan bahawa mereka sebagai adik beradik yang sangat rapat akan tampil berjuang mempertahankan adik mereka yang dianiayai individu yang mempunyai gangguang personaliti narsisistik (NPD) itu.

”Kalau orang lain mungkin dah gila, tapi adik aku takkan gila sebab dia tahu tak worth it langsung!  Dan dia tahu kakak-kakak dia akan fight macam mana pulak untuk dia dan budak-budak. So, minta fikir banyak kali je sebelum nak aniaya dia.

Dia silap sebab bonding kami terlalu luar biasa!.-tulis Tilla di Instagram

Yang Pernah Alami Akan Faham

Tambah Tilla menerusi hantaran di Thread, dia pada mulanya tidak mahu masuk campur mengetahui isu rumah tangga ahli keluarganya. Namun, apabila melihat adiknya itu dianiaya individu yang narsisistik membuat mereka sekeluarga terpaksa mengambil tindakan.

”Tilla memang tak lalu nak masuk campur hal rumah tangga adik beradik, tapi bika melibatkan NPD, kami kena turun padang gotong-royong. NPD bukan kes kaleng-kaleng. Benda ni dah lama kami simpan.

Yang pernah hadap je akan faham. Sampai bank pun boleh tunduk dengar cakap dia untuk sedut semua balik duit yang dah masuk personal account macam mana tu?.”- tambah Tilla lagi


Syida Melvin baru-baru ini membuat pendedahan mengenai suaminya, Syafiq Shaheen yang gagal membayar tunggakan hutang syarikat dan rumah kelamin mereka selama dua bulan walaupun dia menerima gaji yang besar.

Sebelum ini, Syida Melvin telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Shaheen sejak Disember tahun lalu.

Syida mendirikan rumah tangga dengan Syafiq Shaheen pada 19 Januari 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajeeda, dan Serhan Isa.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |