Sweet Qismina Terharu Nama Diapit Bersama Seniwati Hebat Di FFM34

7 hours ago 5

Pelakon, Sweet Qismina menitipkan ucapan istimewa selepas diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung pada malam Sabtu.

Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia tidak meletakkan harapan untuk berada di atas pentas, namun merasa gembira apabila melihat namanya sebaris dengan empat seniwati hebat iaitu Nabila Huda, Datin Sofia Jane, Khatijah Tan dan Maya Karin.

“Anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM adalah sebuah anugerah yang setiap pelakon inginkan. Sebuah anugerah yang tidak mudah untuk diterima.

Nama diapit bersama seniwati-seniwati hebat, yang Sweet hormat dan kagum, tidak sedikit pun harapan dalam hati ingin berada di atas pentas. Malah, Sweet gembira melihat nama ‘Sweet Qismina’ ada bersama mereka 🥹.”-kongsi Sweet Qismina di Instagram

Akui dirinya telah memegang satu tanggungjawab yang besar selepas memenangi anugerah tersebut, Sweet turut berterima kasih buat semua pihak yang telah mempercayai kredibilitinya sebagai seorang pelakon, malah akan terus memperbaiki mutu lakonannya dari semasa ke semasa.

“Diterima pada usia muda ini, tidak dapat Sweet bayangkan. Ini merupakan satu tanggungjawab besar buat Sweet. InshaaAllah, Sweet akan menjaga nama baik anugerah ini, Sweet akan cuba improve setiap lakonan Sweet dari semasa ke semasa 🙏🏻.

Kepada setiap orang dalam industri yg kenal Sweet, terima kasih percaya pada kredibiliti Sweet. Sweet sentiasa rasa diri tak cukup bagus. Tapi doa & keyakinan dari semua dalam industri ini yg buat Sweet percaya dengan diri Sweet. Teguran & kasih sayang semua buat Sweet suka untuk datang set & berkarya! Dah macam family kita ☺️.”-tulis Sweet lagi

Untuk info, setiap pemenang kesemua kategori di Festival Filem Malaysia Ke-34  menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas pula menerima RM10,000 berserta trofi.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |