Kalau sebelum ini kisah pasangan curang sering dikaitkan dengan aplikasi seperti WhatsApp, Telegram atau media sosial, kini muncul satu lagi platform yang langsung tidak dijangka menjadi ‘medium rahsia’ untuk berhubung dengan skandal.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita mendedahkan tindakan suaminya yang didakwa berbalas mesej dengan wanita lain menggunakan aplikasi penstriman muzik, Spotify.
Pendedahan itu mengundang perhatian ramai kerana kebanyakan pengguna menganggap Spotify hanya digunakan untuk mendengar muzik dan podcast.
Dalam video yang dimuat naik, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap situasi yang dilaluinya sambil menyifatkan ia sebagai titik paling rendah dalam hidupnya sebagai seorang isteri.
“Titik terendah diri sebagai isteri. To Fatin Anisa Nasoha thank you. Terima kasih banyak walaupun kita dah pernah jumpa dan berbincang, kau tetap mengecewakan aku sebagai isteri dia,” tulisnya.
Perkongsian itu pantas menjadi bualan netizen yang rata-ratanya terkejut dengan cara komunikasi yang digunakan.
Ada yang mengakui tidak pernah terfikir aplikasi muzik boleh dijadikan platform untuk menjalinkan hubungan sulit.
“Maaf cakap. Curang guna Spotify ni memang mind blowing sangat. Takkan pernah terfikir. Wow. Liciknya,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi netizen turut meluahkan rasa hairan sambil bertanya, “Ini lain macam guna Spotify untuk curang. Apple Music ada macam ni tak?”
Ruangan komen juga dipenuhi pelbagai reaksi dengan ramai yang menganggap taktik tersebut semakin sukar dikesan berbanding penggunaan aplikasi mesej biasa.
Dalam era digital hari ini, nampaknya bukan sahaja aplikasi sembang yang menjadi tempat berhubung secara rahsia, malah platform yang pada asalnya dibangunkan untuk hiburan juga boleh disalahgunakan bagi tujuan lain.
Apa pun, pendedahan ini sekali lagi membuktikan bahawa teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuk perkara yang langsung tidak terlintas di fikiran kebanyakan orang.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

9 hours ago
9








![[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-4.webp)

































![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)
![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)



![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)



