Sheila Majid, Krisdayanti & Ramai Lagi Gegar St Regis Jakarta Julai Ini Menerusi Konsert Orkestra

6 hours ago 6

Kalau peminat muzik Malaysia sedang merancang untuk terbang ke Jakarta, ini mungkin salah satu berita baik buat kalian.

Ikon muzik negara, Datuk Sheila Majid bakal tampil di pentas besar Jakarta pada 3 Julai 2026 menerusi konsert orkestra eksklusif Jejak Nada, satu malam istimewa yang dijangka penuh emosi, nostalgia dan vibes muzik yang ‘healing’ habis.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada inisiatif baharu The CIRCLE by Marriott Bonvoy di bawah Marriott International, yang memang fokus untuk bawa pengalaman travel + muzik + budaya dalam satu pakej yang lebih ‘immersive’.

Satu Pentas, Banyak Nama Besar

Bayangkan satu malam yang menyatukan nama besar serantau  dari Malaysia, Indonesia sampai ke generasi baharu.

Sheila Majid akan berkongsi pentas dengan antara artis paling disayangi di Indonesia seperti Kris Dayanti, Tulus, Nadhif Basalamah dan Anggi Marito. Turut mencuri perhatian, penyanyi muda Malaysia Didie Shazry yang akan mewakili suara generasi baharu.

Muzik malam itu pula akan digerakkan oleh maestro terkenal, Andi Rianto bersama Magenta Orchestra jadi memang bukan sekadar konsert biasa, tapi lebih kepada pengalaman orkestra yang besar, dramatik dan ‘cinematic’.

“Jejak Nada”- Bila Lagu Jadi Lebih Emosi

Nama Jejak Nada sendiri pun sudah cukup puitis  membawa maksud bagaimana muzik meninggalkan jejak emosi dalam hidup kita.

Menariknya, lagu-lagu popular akan diolah semula dalam versi orkestra, jadi penonton bukan sahaja dengar lagu, tapi betul-betul ‘rasa’ lagu itu dengan cara yang berbeza. Lebih deep, lebih hidup, dan mungkin juga lebih menyentuh hati.

Sheila Majid, Momen Paling Dinanti

Kemunculan Sheila Majid memang jadi antara highlight utama malam tersebut. Dengan aura legenda, suara ikonik dan pengaruh besar dalam dunia muzik serantau, kehadirannya di Jakarta kali ini memang cukup istimewa untuk peminat.

Ramai juga yang pastinya tak sabar nak lihat beliau berkongsi pentas dengan barisan artis besar lain dalam suasana orkestra yang lebih eksklusif dan elegan.

Konsert ini adalah acara eksklusif dengan tempat duduk terhad, jadi peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket lebih awal sebelum ia habis.

Tiket boleh dibeli melalui platform rasmi Marriott Bonvoy The Circle, dengan jualan dibuka sehingga 2 Julai 2026.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |